Ana Carasco, Sejarah Gadis Pertama Menang Perlumbaan Motosikal Profesional

Ana Carasco tiba-tiba menjadi sensasi pada minggu ini. Ini selepas gadis berusia 20 tahun ini menjuarai perlumbaan SBK GP Portugal pada 12 November 2017.

Ana Carasco menang dengan penuh dramatik. Beliau memintas perserta lain di saat akhir. Ana menyertai kategori divisyen rendah menggunakan Kawasaki.

“Saya gembira dengan keputusan ini. Apabila saya mulai menyertai sukan ini pada usia 16 tahun, ramai orang pelik dengan kehadiran saya.”

“Tetapi selepas beberapa tahun dalam sukan ini, mereka semua sudah biasa dengan kehadiran saya di litar.”

Sebelum ini Ana Carasco tidak pernah menang mana-mana perlumbaan dan tidak juga pernah menamatkan perlumbaan dalam kelompok 7 teratas.

Anda boleh sasksikan detik Ana Carasco memintas memenangi perlumbaan dalam beberapa meter terakhir selepas memintas Alfonso Coppola.

Ianya dianggap sebagai salah satu detik terhebat dalam sejarah sukan manusia. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Ana.

“Wanita tidak akan pernah menjadi majoriti dalam sukan ini, itu kenyataan. Namun saya rasa semakin ramai wanita menceburi sukan ini. Jelas sekali, kejuaraan seperti ini adalah tahap yang terhebat. Ia sukar dijelaskan.”

Siapa Ana Carasco?

Ana Carrasco Gabarrón lahir pada 10 Mac 1997 di Murcia Sepanyol. Beliau meminati sukan permotoran sejak kecil lagi. Pada usia 4 tahun Ana sudah menunggang motosikal kanak-kanak yang dihadiahkan oleh ayahnya.

Selepas itu Ana Carasco menyertai beberapa perlumbaan junior ketika itu. Ayahnya seorang mekanik. Jadi, bukan masalah untuk Ana mendapatkan motosikal terbaik.

Ana memang sudah memiliki cita-cita menjadi pelumba motosikal profesional sejak kecil. Beliau mahu bersaing dalam peringkat tertinggi di arena permotoran. Di rumahnya ada 3 motosikal berkuasa besar untuk kegunaan latihan peribadi.

Selain daripada mengejar cita-citanya, Ana juga mahu membawa nama Murcia ke pentas dunia. Ana menceritakan isu politik Catalan dan Sepanyol banyak mempengaruhi karier beliau. Buat masa ini, Ana banyak menggunakan duit sendiri daripada gaji beliau untuk pembangunan karier.

Jadi, Ana tidak seperti atlet lain yang mampu membina rumah sendiri pada usia muda. Duit beliau dilaburkan untuk motosikal dan karier.

Ayahnya adalah orang yang paling menyokong karier beliau agar Ana mencapai tahap terbaik di dalam karier sejauh yang beliau boleh.

Ana sukar mendapatkan dana dan penajaan seperti atlet lain. Beliau pernah terfikir untuk berpindah ke bandar Barcelona tetapi merasakan ia tidak banyak membantu.

Bercerita tentang stereotaip pelumba wanita yang berada di alam perlumbaan lelaki, Ana berterus-terang memberitahu tidak ramai yang meletakkan kepercayaan tinggi kepada wanita.

Di media massa, garisan permulaan ataupun di paddock, tidak ramai krew yang bercerita tentang podium dengan beliau. Harapan lebih diletakkan kepada pelumba lelaki. Kadangkala dia merasakan dirinya seperti tak wujud.

Namun Ana tetap cuba melawan arus itu. Namun Ana bersyukur kerana pasukan beliau memberikan kepercayaan yang penuh kepada beliau. Dan Ana menguatkan tekad untuk fokus kepada perlumbaan.

Ana menjadikan Valentino Rosi sebagai idola beliau kerana corak tunggangan Rosi yang disifatkan Ana sebagai unik

Sebelum kejayaan bersejarah memenangi GP Portugal, Ana Carasco menjadi pelumba wanita pertama yang mendapat mata dalam Moto3 World Championship 2013 di Grand Prix Malaysia.

Pada tahun yang sama, Ana Carasco menamatkan perlumbaan di tangga ke-8 di GP Valencia.

Bagi Ana Carasco motivasi beliau sentiasa kuat. Untuk menang sesuatu perlumbaan anda harus ada keinginan dan kesabaran. Jika berada di belakang, anda harus ada tekad yang kuat untuk memintas pelumba yang lain.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.