Alphonso Davies: Pemuda Imigran Dari Liberia Yang Diamkan Messi ‘Dalam Poket’

Alphonso Davies pemain pertahanan berusia 19 tahun sekali lagi mencuri tumpuan dengan larian derasnya untuk memberikan masalah kepada Barcelona dalam perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Bayern Munich meratah Barcelona 8-2 untuk mara ke suku akhir Champions League pada musim ini.

Walaupun tidak menjaringkan gol, kelibat Davies mencuri tumpuan apabila berjaya menewaskan hampir separuh pemain pasukan barcelona dengan lariannya, sebelum menghasilkan assist untuk gol kelima Bayern melalui Joshua Kimmich.

Dari Liberia ke Edmunton

Davies membesar di Edmonton, Kanada. Kedua-dua ibu dan bapa kepada Davies melarikan diri dari Liberia ke ketika perang saudara.

Davies sendiri dilahirkan di kem pelarian di Ghana sebelum bersama kedua orang tuanya berhijrah ke Kanada pada usia 5 tahun.

Bakat beliau dikesan oleh Bayern di usia remaja ketika Davies beraksi bersama Vancouver White Caps FC – kelab Kanada yang beraksi di Major League Soccer (MLS).

Musim lalu, beliau segera dipancing oleh Bayern dan muai beraksi bersama feeder team kelab Bavarian itu, Bayern Munich II.

Debut bersama skuad senior Bayern Munich pula tiba pada 27 Januari tahun lalu, dan sejak daripada itu telah tampil dalam lebih 25 perlawanan untuk juara Jerman tersebut.

Pada musim lepas Alphonso Davis tidak pernah muncul dalam kesebelasan utama Bayern Munich dalam kempen Bundesliga.

Dia hanya bermain sebanyak 6 kali, dimasukan dari bangku simpanan.

Tiba-tiba pemain muda dari Kanada ini menjadi pemain utama di bahagian bek kiri pasukan jaguh Jerman.

Daripada tampil hanya 6 kali, dia muncul sebanyak 29 kali dan dia wajar mendapat anugerah.

Alphonso Davies telah memberi kredit kepada Bayern Munich dan Bundesliga selepas menerima anugerah Rookie of the season 2019/20.

Anugerah yang melibatkan undi dari peminat 40%, kelab 30% dan pundit 30%.

Davies yang baru berusia 19 tahun telah mendapat musim penuh pertama bersama kelab gergasi itu di Bundesliga.

“Saya sangat bangga.” kata Davies kepada lagenda Bundesliga, Lotthar Mattheus

“Bila saya tiba di Jerman saya hanya mahu belajar dari pemain terbaik yang ada disini. Menang anugerah ini dan bermain banyak perlawanan merupakan impian yang menjadi kenyataan.”

Pada mulanya dia diturunkan sebagai pemain sayap kiri. Selepas kecederaan yang dialami oleh Lucas Hernandez, dia mula mendapat tempat dan berada di bek kiri sehingga tamat musim.

Analisis menentang Barcelona

Meep meep adalah gambaran Muller kepada Davies sebelum ini. Menyamakan pemain muda itu dengan roadrunner yang laju selepas aksi berdepan Borussia Dortmund.

“Alphonso, yeah dia bermain dengan kerja keras dan power, memiliki power yang kuat. Ketika lawan dia merasaka, saya ada masa, kemudian, meep meep meep meep, the roadrunner [pun datang].”

Menurut Muller, walaupun Davies kerap berada di posisi yang tidak tepat di atas padang, namun beliau tetap berjaya menebusnya kerana ada kepantasan yang sangat luar biasa serta pemain yang rajin.

Davies sekali lagi menunjukkan aksi cemerlangnya dalam perlawanan ini. Walaupun pada usianya sangat muda, Davies sudah menunjukkan keyakinan dan kematangannya.

Salah satu aksi terbaiknya adalah ketika Davies menewaskan Semedo dengan gelecekan beliau di garisan padang serta byline.

Sebelum itu beliau melepasi Messi dan Arturo Vidal terlebih dahulu di tengah.

Davies ternyata terlalu ‘panas’ untuk dikawal oleh Semedo yang terjatuh ketika cuba mematikan langkah pemain itu. Davies melepasi Semedo dan kemudian mencipta assist kepada Joshua Kimmich.

Kepentingan full back

Kepentingan Alphonso Davies kepada sistem Bayern Munich mengingatkan kita bagaimana Liverpool membangunkan pemain seperti Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson.

Bayern Munich sendiri melihat betapa efektifnya kedua-dua bek sayap itu di Allianz Arena bersama Liverpool di pusingan dan pertandingan yang sama pada musim lalu.

Secara keseluruhan masih terdapat elemen yang ditinggalkan oleh Pep Guardiola dalam permainan Bayern Muncih – hantaran pendek dengan gerakan bola yang pantas.

Dan kini Bayern tampil lebih versatile dengan pemain seperti Davies. Tidak salah untuk melabel Davies kini adalah salah seorang pemain full-back terbaik dunia. Jangan lupa, usia beliau hanya 19 tahun!

Benar, beliau telah menyimpan Messi di dalam poket sepanjang perlawanan.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.