Alistair: Jangan Babitkan JDT Dengan Isu Akhyar Rashid, Itu Urusan Dia Dan KFA

Pengrah Teknikal JDT, Alistair Edwards ternyata kecewa dengan segelintir pihak yang menurutnya tidak memahami keadaan yang sebenar.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah menang dalam kes tuntuan di ATAC berkaitan dnegn Akhyar Rashid.

Akhyar membuat perpindahan kontroversi ke JDT pada setahun yang lalu.

Asmirul berkata, berdasarkan Majlis Timbang Tara, kes yang difailkan Mei tahun lalu berpihak kepada KFA, namun jumlah pampasan yang ditetapkan masih lagi perlu dipertimbangkan.

Asmirul berkata dalam laman sosial beliau:

“Assalamualaikum,

Ketika catatan ini di buat, saya sedang berada di Kota Phnom Penh untuk meneliti perkembangan serta persiapan skuad Kedah Hijau Kuning bagi menghadapi musim 2020.

Buat seluruh penyokong serta rakyat negeri Kedah, ada perkhabaran penting yang ingin di kongsi bersama. Semoga dapat memberi sedikit kelegaan kepada penyokong kesayangan kita pasukan Kedah.

Merujuk kepada kes ‘Perpindahan Akhyar’,
ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE(AIAC), merujuk kepada MAJLIS TIMBANGTARA (COURT OF ARBITRATION),

Menurut Akta Timbangtara 1952 oleh Timbangtara yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang bersengketa.

Apa yang dapat di fahami, menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah pampasan yang di tetapkan masih lagi perlu di pertimbangkan.

Berita ini bercampur(Suka dan Ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ‘ralat’ kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak di sertai bersama pampasan latihan (without training compensation).

Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan di kalangan exco KFA agar dapat berbincang secara teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin di utamakan.

Peguam mencadangkan agar kami(KFA) segera memfailkan tuntutan lain(terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan.

Saya tidak dapat menyertakan jumlah pampasan yang akan di tawarkan kerana ianya masih dalam proses perundangan. InsyaAllah saya akan menyatakan dalam sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baru telah siap di bincangkan.

Kita masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baru.

Apa yang ingin saya tegaskan di sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah. Apa pun akan kita buat demi kesinambungan kemajuan bolasepak negeri Kedah. Apa pun akan kita buat walaupun terpaksa menanti masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana.

Coretan seterus akan saya buat hasil temu bual dan pandangan sisi bersama Ketua Jurulatih Aidil Shahrin Sahak..

Ketemu lagi.. You’ll Not Walk Alone.”

View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Ketika cacatan ini di buat, saya sedang berada di Kota Phnom Penh untuk meneliti perkembangan serta persiapan skuad Kedah Hijau Kuning bagi menghadapi musim 2020. Buat seluruh penyokong serta rakyat negeri Kedah, ada perkhabaran penting yang ingin di kongsi bersama. Semoga dapat memberi sedikit kelegaan kepada penyokong kesayangan kita pasukan Kedah. Merujuk kepada kes 'Perpindahan Akyar', ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE(AIAC), merujuk kepada MAJLIS TIMBANGTARA (COURT OF ARBITRATION) menurut Akta Timbangtara 1952 oleh Timbangtara yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang bersengketa. Apa yang dapat di fahami, menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah pampasan yang di tetapkan masih lagi perlu di pertimbangkan. Berita ini bercampur(Suka dan Ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit 'ralat' kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak di sertai bersama pampasan latihan (without training compensation). Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan di kalangan exco KFA agar dapat berbincang secara teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin di utamakan. Peguam mencadangkan agar kami(KFA) segera memfailkan tuntutan lain(terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan. Saya tidak dapat menyertakan jumlah pampasan yang akan di tawarkan kerana ianya masih dalam proses perundangan. InsyaAllah saya akan menyatakan dalam sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baru telah siap di bincangkan. Kita masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baru. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah. Apa pun akan kita buat demi kesinambungan kemajuan bolasepak negeri Kedah. Apa pun akan kita buat walaupun terpaksa menanti masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana. Coretan seterus akan saya buat hasil temu bual dan pandangan sisi bersama Ketua Jurulatih Aidil Shahrin Sahak.. Ketemu lagi.. Asmirul Anuar Aris Rakan KFA You'll Not Walk Alone #kedahfans #kedahfa

A post shared by YB Asmirul Aris (@yb_asmirul_aris) on

Kenyataan itu telah mengundang respon daripada JDT. Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards kecewa ramai pihak yang cepat melatah dan melompat – lompat dalam perkara itu tanpa memahami isu sebenar.

Alistair menjelaskan:

“Berkenaan berita baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Timbangtara tentang kes yang melibatkan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Akhyar Rashid, JDT ingin menjelaskan bahawa kelab ini tidak terbabit dalam keputusan tersebut.

Kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikan beliau berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terlibat pada ketika itu.

Jadi kepada mereka yang tidak memahami kes ini, tidak perlu melompat-lompat dan mengatakan bukan-bukan tentang keputusan itu. JDT telah berhubung dengan para peguam kami dan diberitahu bahawa kelab bukan sebahagian daripada kes ini dan tidak terjejas dengan sebarang tuntutan.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.”

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1564000180429942

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.