Alif Satar Kongsi Cara Beliau Solat Dan Kebaikannya Ketika Sertai Ironman

Baru-baru ini, Alif Satar (bukan Alif Aziz), telah berkongsi kejayaan beliau menamatkan Ironman Langkawi 2019.

Namun kejayaan itu mulai menjadi panas apabila segelintir netizen memepersoalkan, bila masa pula Alif Satar nak solat kalau lenjan sampai 15 jam untuk Ironman.

Alif berjaya mencapatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi 2019 dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.

Seorang atlet marathon berkongsi di ML Studio bahawa, ramai atlet beragama Islam yang menyertai perlumbaan seperti Ironman ini boleh menunaikan solat.

Alif Satar mengambil pendekatan untuk berdiam diri. Mungkin beliau masih memerlukan rehat secukupnya. Bukan senang nak recover daripada aktiviti yang sangat lasak itu.

Beberapa jam tadi, Alif Akhirnya tampil dengan penjelasan dan video memaparkan bagaimana seseorang atlet Ironman itu menunaikan kewajiban solat.

“Kejutan! Saya tak nak anda semua menunggu terlalu lama, dan inilah dia, episod terakhir.”

“Terima kasih kepada anda semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan saya dalam Ironman Malaysia 2019. Saya harap ini akan memberikan inspirasi kepada anda lebih jauh daripada yang anda bayangkan.”

“Jadi, teruskan guys. Di mana kita nak bermula dari sini?”

Alif memuat naik video memaparkan beliau menunaikan solat, dan meminta para pengikutnya menonton video penuh di YouTube beliau.

Beliau juga menunjukkan para petugas sukarelawan turut membantunya ketika menunaikan solat.

Dan paling menyentuh perasaan, Alif Satar menyatakan apabila bersolat, secara tak langsung ia telah menjadi satu proses conditioning semula ketika beliau sangat-sangat memerlukan.

Dalam vlog beliau, Alif menyatakan beliau hampir berputus asa, kerana tidak yakin dapat menamatkannya.

Namun beliau merasakan solat merupakan antara kekuatan beliau yang membantu beliau meregangkan semula ototnya, di saat beliau sangat memerlukan, dan pada masa yang sama beliau menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim.

Alif merasakan, solat itu ibarat penyelamat dirinya ketika dia sangat memerlukan sesuatu ketika terasa kudratnya sudah sangat penat.

Dan secara tak langsung ia membuatkan Alif terasa lebih dekat dengan solat ketika menunaikannya pada masa itu.

“Di saat badan kau tiada apa-apa. Bila kau solat, kau rasa macam satu benda yang baru.”

“Bila nak rukuk tu kan, kau straight (tegak) badan tu, rasa macam badan kita stretched (regang) balik.”

“Bila kau sujud tu kan, kau rasa darah tu dekat kepala tu datang balik dan rasa sangat fresh.”

“Bila kau duduk di antara sujud tu kan, kau rasa kaki kau, hamstring saya ni regang balik bro.”

“Ianya terasa seperti…. saya tak tahu. Awak tahu tak… satu benda yang kau buat hari-hari, apabila kau buat di saat kau tak ada apa-apa, ianya adalah penyelamat untuk kau tau.”

Perkongsian 59 saat oleh Alif di IG beliau itu telah mendapat lebih 387 ribu tontonan dalam masa 5 jam.

Anda boleh saksikan di sini perjalanan Alif Satar sepanjang Ironman Malaysia. Banyak perkongsian yang menarik dalam beberapa episod perkongsiannya.

Mungkin anda juga suka mendengar lagu Alif Satar bergandingan dengan Raihan ini, seperti mana admin.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.