Alan ‘Nasty’ Nash, Legenda Sukan Gusti Ibu Jari Kaki

Alan ‘Nasty’ Nash merupakan legenda sukan gusti ibu jari kaki. Beliau adalah juara dunia 14 kali sukan tersebut. Anda pasti pelik mendengar nama sukan ini. Ia memang peling.

Editor Huffington Post menyenaraikan sukan ini sebagai antara 10 sukan paling pelik dunia. Kita pernah mendengar gusti lengan, tetapi untuk gusti ibu jari kaki ini, rasanya tak ramai yang pernah mendengarnya.

Sejarah Gusti Ibu Jari Kaki

Sukan ini dicipta oleh sekumpulan 4 sekawan yang sedang minum di Ye Olde Royal Oak Inn di Wetton, Staffordshire pada 1974. Mereka ialah Pete Cheetham, Eddie Stansfield, Pete Dean and Mick Dawson.

Mereka ketika itu merungut tentang ketidakmampuan UK melahirkan jaguh dunia. Lalu mereka mencipta sukan baru diberi nama gusti ibu jari kaki. Mana tahu, suatu hari nanti mereka akan mampu melahirkan juara dunia.

Dan hari ini memang juara dunia sukan ini adalah dari UK. Sebelum terciptanya sukan gusti ibu jari kaki ini, mereka sebenarnya sudah berfikir untuk mencipta sukan gusti telinga.

Ia dilakukan dengan merapatkan telinga antara 2 perserta dan cuba menolak kepala peserta lain agar menyentuh satu papan khas.

Sukan gusti ibu jari kaki ini dikuasai oleh Mick Dawson pada awal kemunculannya. Pada 1976, seorang peserta dari Kanada yang tidak dikenali mereka telah menjuarai kejohanan ini.

Selepas itu, perkembangang sukan ini menyaksikan beberapa jaguh baru tercipta. Antaranya, Tom “100m” Martin, Paul “Toeminator” Beech sehinggalah Alan “Nasty” Nash.

Peraturan gusti ibu jari kaki kelihatan hampir sama konsep dengan gusti lengan. Bezanya, peserta mengunci ibu jari kaki dengan jari kaki.

Kemudian peserta akan cuba menolak ibu jari kaki pihak lawan supaya menyentuh permukaan papan yang terletak beberapa inci di sebelah kaki. Siapa yang berjaya melakukannya menjadi pemenang.

Anda boleh lihat gambar di bawah ini bagaimana sukan ini dimainkan dan di mana kedudukan papan yang kami maksudkan.

Legenda Alan Nash

Alan Nash menjuarai kejuaraan dunia buat pertama kali pada 1994. Selepas itu Alan Nash tidak menoleh ke belakang lagi. Alan Nash juga pernah berkongsi dengan BBC tips kejayaan beliau dalam sukan ini.

Tiada lagi atlet yang lebih berjaya daripada Alan Nash dalam sejarah sukan ini.

“Paling penting adalah teknik dan berada dalam postur terbaik. Ibu jari kaki yang lebih pendek dan gemuk akan lebih kuat berbanding dengan yang kurus dan panjang.”

Ketika wartawan bertanya, adakah sukan ini ada risiko seperti sukan lain? Nash menyatakan, sudah pasti.

“Setiap sukan itu ada risiko tersendiri. Sepanjang pembabitan saya dalam sukan ini, saya sudah patah ibu jari kaki sebanyak 4 kali.”

“Paling teruk saya pernah patah 4 jari kaki dalam satu perlawanan. Saya cuba bertahan selagi termampu kerana saya mahu memenangi final.”

Anda boleh lihat kecederaan yang dimaksudkan oleh Nash di bawah ini:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=802270383122410&set=a.101661879849934.3859.100000183684967&type=3

Alan Nash meraikan 14 tahun beliau dalam sukan ini dengan tatu di kak beliau pada May 2014.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=878592985490149&set=a.321742621175191.98992.100000183684967&type=3&theater

“Saya bukan sahaja juara dunia 14 kali dalam gusti ibu jari kaki, tetapi juga menjadi antara peserta paling banyak menang dalam sukan memecahkan telur dengan ibu jari kaki.”

“Saya bangga dengan sukan ini. Sukan inilah yang membuatkan saya ramai kawan dari seluruh dunia dan merantau ke banyak negara.”

Kejohanan Dunia Gusti Ibu kak bukanlah sukan baru. Ia sudah dilangsungkan sejak 1976 di Debbyshire UK. Persatuan Gusti Ibu Jari Kaki pernah menghantar kertas cadangan agar sukan ini dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Mereka naik ke Pejabat Kesatuan Olimpik Antarabangsa (OIC) pada 1997. Namun pihak OIC tidak berminat untuk mempertandingkan sukan ini di peringkat olimpik,

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.