Aksi Vidal Mencium Lencana Juventus Ketika Derby d’Italia Dikecam Peminat

Peminat menuduh bintang Inter Milan, Arturo Vidal dengan sengaja mencium lencana Juventus ketika berpelukkan dengan Chiellini awal pagi tadi.

Aksi Vidal mencium lencana Juventus itu berlaku ketika sebelum sepak mula perlawanan antara Inter Milan bertemu Juventus dalam saingan Serie A.

Beliau ketika itu sedang memanaskan badan dan pergi bertemu dengan bekas rakan sepasukannya, Giorgio Chiellini lalu mereka berdua berpelukkan.

Ketika sedang asyik berpelukkan sambil ketawa riang, Vidal dengan tiba-tiba mencium lencana Juventus di dada Chiellini dan aksi tersebut sempat dirakam kamera.

Seperti di duga, insiden aneh seperti ini pasti akan tular di media sosial dan pelbagai kecaman serta pujian yang diberikan oleh peminat terhadap beliau.

“Selepas insiden seperti ini yang mana beliau secara tidak sengaja mencium lencana Juventus, semoga Arturo Vidal tidak melakukan kesilapan yang menyebabkan kekalahan kepada Inter, jika tidak, peminat pasti akan menghalau beliau keluar dari bandar Milan.”

“Jadi ada pemain Inter Milan yang mencium lencana Juventus ketika perlawanan Derby d’Italia?”

“Saya yakin dan pasti ia bukan insiden tidak disengajakan, dia pasti sedar apa yang dia buat.”

Mujur saja Vidal berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Inter Milan pada minit ke-12 permainan, maka terselamat lah beliau dari dikecam teruk kerana disyaki menyebelahi bekas kelabnya itu.

Inter Milan berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-52 permainan menerusi Nicolo Barella untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Perlawanan tamat dengan Juventus terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan tuan rumah seterusnya mereka terlepas peluang untuk mendapatkan setidak-tidaknya satu mata di San Siro.

Kemenangan ini meletakkan Inter di tangga kedua dalam saingan Serie A dengan mengumpul 40 mata dan dipisahkan dari perbezaan gol sahaja dengan pendahulu saingan liga AC Milan.

Juventus pula terus dirundum pilu dengan kini mereka hanya menghuni kedudukan kelima sahaja dalam saingan Serie A dengan mengumpul 33 mata dari 17 perlawanan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.