Aksi Sergio Ramos Mengherdik Achraf Hakimi Tersebar

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bertapa tegas dan garangnya Ramos sebagai seorang ketua pasukan dan telah terakam satu kejadian beliau memaki hamun Achraf Hakimi ketika dalam perlawanan Real Madrid bertemu Inter Milan semalam.

Kejadian itu berlaku dalam perlawanan ketika Real Madrid berjaya menewaskan Inter Milan 3-2 dalam saingan Liga Juara-juara semalam, dan ketika itu, Hakimi terjatuh dalam kotak dan telah memintak ikhsan pengadil untuk mendapatkan sepakan penalti.

Namun aksinya itu telah mengundang kemarahan ketua pasukan Real Madrid itu yang terus memberikan pengajaran berguna kepadanya.

Ramos yang melihat Hakimi tersungkur depannya itu dengan segera menganggkat beliau dan telah memaki hamun bekas pemain Los Blancos itu.

“Bangun kau budak tak guna, bangun! Berhenti menjerit macam tikus.”

Teriak Ramos sambil beliau mencuba untuk bangunkan Hakimi ketika itu.

Ramos yang kini berusia 34 tahun itu telah berjaya menjaringkan gol ke-100 beliau untuk Real Madrid dalam perlawanan semalam, hasil dari jaringan tandukan padunya yang berjaya menewaskan penjaga gol Inter Milan.

Gol jaringan Ramos itu juga merupakan gol kedua untuk Real Madrid dalam perlawanan tersebut sebelum Inter menjaringkan dua gol untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Walau bagaimanapun, usaha Rodrygo pada 10 minit terakhir perlawanan membuahkan hasil apabila beliau cemerlang menjaringkan gol ketiga seterusnya gol kemenangan untuk Los Blancos.

Real memperoleh kemenangan pertama mereka di peringkat kumpulan saingan liga Juara-juara musim ini, selepas mencatatkan satu kekalahan dan satu keputusan seri sebelum ini.

Kontrak Ramos yang mula menyertai Real Madrid pada tahun 2005 lalu akan berakhir pada hujung musim panas nanti, namun pengurus kelab, Zinedine Zidane yakin bahawa pemain pertahanan itu akan melanjutkan kontraknya.

“Seperti selalu, dia ketua pasukan kita, pemimpin kita.”

Jelas Zidane.

“Kami mahu dia selamanya disini. Saya sikit pon tidak meragui kalau dia akan terus di sini dan mencipta lebih banyak sejarah di sini.”

Ramos sejak menyertai Real Madrid dari Sevilla pada tahun 2005 lalu itu telah berjaya memenangi 22 Piala utama.

“Ianya bagus juga.”

Jelas Ramos selepas berjaya menjaringkan gol ke-100 beliau di Alfredo Di Stefano stadium, gelanggang dan padang latihan sementara untuk Real Madrid.

“Pencapaian peribadi itu hal yang kedua, tetapi yang sentiasa membantu tu lah yang utama, selagi mana mereka mahu membantu untuk pasukan menang dalam perlawanan. Harapnya saya mampu capai pelbagai lagi kejayaan disini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.