Aksi Penuh Aib Braithwaite, Dahlah Stadium Kosong, Timbang Bola Pula Bersepah

Martin Braithwaite menikmati keindahan hidupnya dengan menyertai Barcelona dari Leganes.

Beliau menganggap ia adalah ibarat mimpi.

Hidup aku bagai mimpi (hidup aku bagai mimpi)
Hidup aku bagai mimpi (hidup aku bagai mimpi)
Banyak sudah ku lihat (banyak sudah ku lihat)
Semuanya ku ingat, ingat, ingat
Hidup aku bagai mimpi (hidup aku bagai mimpi)
Betul betul macam mimpi (betul betul macam mimpi)
Banyak sudah ku lihat (banyak sudah ku lihat)
Semuanya ku ingat (semuanya ku ingat)

Namun beberapa jam selepas itu ianya bertukar menjadi detik yang sangat memalukan orang Barcelona.

Aib ketika majlis pengenalan

Seperti biasa, pasukan Barcelona akan memperkenalkan pemain di Nou Camp dengan pemain akan menunjukkan skil menimbang bola mereka.

Menimbang bola adalah benda asas bagi pemain profesional. Fakri Saarani pun boleh menimbang lebih 100 kali dalam masa seminit. Takkan la pemain Barcelona tak mampu?

Ianya bermula dengan pengenalan di stadium yang tak ada orang datang nak tengok. Menunjukkan betapa teruknya perpindahan ini.

Barcelona membeli Braithwaite dengan nilai Β£16 juta dari Leganes dengan cara agak kontroversi. Pasukan yang gah seperti Barcelona menggunakan peraturan darurat untuk mendapatkan pemain ini.

Sedangkan mereka ada pasukan Barcelona B yang sarat dengan bakat. Barcelona mendapatkan Braithwaite selepas Ousmane Dembele cedera. Dan doktor mengesahkan pemain itu akan berehat lebih enam bulan.

Barcelona terdesak

Dalam peraturan Liga Sepanyol, pasukan yang sah, ada surat doktor menyatakan pemain mereka cedera dan tak boleh bermain selama enam bulan, maka mereka boleh membuat pembelian kecemasan, walaupun selepas jendela perpindaan ditutup.

Dengan syarat pembelian itu dibuat di kalangan pasukan di Sepanyol, dalam tempoh 15 hari.

Barcelona menghubungi beberapa nama, namun sukar untuk mendapatkan mereka. Dan pilihan terbaik adalah mencari pemain dengan klausa pelepasan yang mampu milik.

Lalu mereka mendapatkan Braithwaite.

Dan hari bersejarah pun tiba buat pemain Denmark itu. Pemain 28 tahun itu masuk ke stadium yang kosong ketika diperkenalkan.

Namun lega juga dia stadium kosong, kerana ternyata, jika ada ramai orang, pasti dia malu dengan kelakuan tidak senonohnya menimbang bola bersepah di atas padang.

Braithwaite juga cuba melakukan sombrero ala Neymar, juga tidak menjadi.

Akhirnya dia memutukan untuk melakukan gelecekan anak di atas padang dengan melakukan ball rolling yang boleh dilakukanΒ  oleh budak 10 tahun.

Malah ketika sesi latihan beliau juga kelihatan sukar untuk memenangi bola di atas padang.

Pastinya beliau berharap aib ini tidak akan mengganggu kariernya selepas ini. Braithwaite sudah tak sabar untuk membuktikan kemampuan dirinya di atas padang.

Namun ada peminat yang sudah meletakkan kepercayaan kepada Braithwaite. Dan Kuami percaya pemain ini akan berjaya kerana dia adalah berbeza dengan pemain pemain lain.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.