Lionel Messi baru sahaja menang Ballon d’Or keenam beliau beberapa minggu lalu. Membolehkan beliau menjadi pemain paling banyak memenangi anugerah tersebut.
Lionel Messi menewaskan seteru beliau seperti Virgil Van Dijk dan juga Cristiano Ronaldo untuk anugerah berprestij itu.
Leo Messi parades his sixth Ballon d’Or in front of the Barcelona fans 🏆 pic.twitter.com/zkW3oazeXu
— B/R Football (@brfootball) December 7, 2019
Selain daripada bakat bola sepak, Lionel Messi juga menyumbang kepakarannya dalam berdikir.
Selain daripada Messi, beberapa pemain lain termasuk Griezmann, Hazard, Ramos, Marcelo dan Luis Suarez juga beraksi dengan berbusana Melayu.
Dikir La la la Liga, The Best League In The World itu setakat ini telah menarik lebih 46 ribu tontonan di facebook BeIn Singapura – Malaysia.
Ia juga sudah dikongsikan lebih 1.3 ribu perkongsian setakat ini.
Korang saksikan di sini:
Sebenarnya ia adalah video promosi kepada La Liga. Yang menjadi rumah kepada El Clasico, salah satu jenama yang sangat kuat dalam bola sepak.
Wajah Messi, Griezmann, Suarez, Ramos, Marcelo dan Hazard digunakan sebagai penyeri dengan disunting memakai persalinan Melayu.
Ia satu langkah promosi oleh BeIn bagi menarik minat orang Malaysia dan Singapura kepada La Liga.
Selain itu, dikir barat itu juga memuji La Liga sebagai tempat di mana lahirnya tiki taka serta gol – gol cantik dan luar biasa.
Messi diiktiraf sebagai ‘god’ bola sepak dan Hazard adalah baginda raja yang baru.
Hazard menjadi pemain yang dibawa oleh Real Madrid dengan harga yang sangat tinggi ke La Liga bagi menggantikan ketiadaan Cristiano Ronaldo.
Terdapat juga nukilan oleh tukang karut tentang bakat muda seperti Joao Felix yang merupakan pemain muda luar biasa.
Joao Felix menjadi pemain remaja paling mahal dalam sejarah bola sepak setakat ini.
La Liga musim ini menyaksikan pertarungan sengit di antara Barcelona, Real Madrid dan Sevilla yang berada di 3 teratas.
Lionel Messi dan Barcelona masih di atas liga diikuti Real Madrid dan juga Sevilla.
Mampukah pasukan La Liga mendominasi bola sepak Eropah sekali lagi?
Musim lalu ternyata pasukan dari EPL memecahkan dominasi mereka apabila ada 2 final Eropah iaitu Liga Juara Juara Eropah dan Liga Europa, telah melibatkan pertemuan 4 pasukan Inggeris.
Jadi secara tak langsung Piala Super Eropah turut menjadi rebutan di antara 2 kelab Inggeris.
La Liga pastinya cuba menarik semula tontonan daripada rakyat Malaysia. Ini selepas seri untuk La Liga seakan-akan agak hilang terutama sekali dalam el clasico, ini selepas Ronaldo pergi ke Juventus.
Namun satu langkah yang harus dipuji oleh BeIn Sports dalam video promosi mereka. Ianya agak unik, santai dan menarik untuk ditonton semua lapisan masyarakat.
Tambahan pula, seni dikir barat merupakan salah satu seni persembahan yang sangat dekat dan popular di kalangan orang Malaysia, terutama sekali di pantai timur.