Manchester United tidak terdesak untuk menggandikan Paul Pogba dengan Bruno Fernandes dalam aksi berdepan dengan Tottenham pada Jumaat, sebaik sahaja liga disambung semula.
Kehebatan Bruno Fernandes sejak menyertai Man United membuatkan lawan mereka gerun. Di mana pemain itu turut menjadi pemain tengah terbaik dalam liga pada ketika ini.
Ramai peminat Man United sudah tak sabar untuk melihat aksi padu gandingan Bruno Fernandes dan Paul Pogba selepas ini.
Rehat yang panjang ketika covid-19 membuatkan Pogba mendapat peluang untuk pulih dan kembali beraksi. Sungguh malang nasib Spurs kerana mereka sebelum ini sudah berkira kira mahu menentang United yang tanpa Pogba.
Ole kali ini tidak akan melakukan kesilapan lalu, di mana beliau terburu buru dalam menurunkan pemain yang baru pulih.
Bruno, Martial, Rashford and Pogba during today's friendly against West Brom 📸 pic.twitter.com/CKOH0T75kU
— utdreport (@utdreport) June 12, 2020
Kebijaksanaan Ole semakin bertambah sejak beliau menyertai United. Daya pemikiran yang geniusnya membawa kepada keputusan yang betul iaitu dengan meletakkan Pogba di bangku simpanan dalam aksi menentang Spurs.
Aksi terakhir Pogba adalah pada Disember. Beliau berdepan dengan kecederaan panjang dan berehat sudah 3 bulan.
Gandingan Pogba dan Fernandes dalam aksi pemanas badan yang mereka tewas pada minggu lalu sangat memukau.
The first in-game footage of Pogba and Bruno linking up 🔗 pic.twitter.com/PsmRDvpIqv
— utdreport (@utdreport) June 12, 2020
Ketika itu ramai yang menganggap Pogba menipu kecederaannya kerana nak angkat kaki pada Januari. Namun ternyata itu semua dusta. Pogba memuat naik beberapa siri rehabilitasinya.
Fernandes pula sudah menjaringkan 2 gol dan 3 assist dalam 5 aksi pertamanya untuk United yang kini masih tak kalah dalam 11 perlawanan.
Agak menarik kerana Fernandes juga sasaran utama Spurs sebelum ini. Namun beliau dengan mudah menolak pasukan London itu kerana yakin United pasukan lebih bermaruah dan ada masa depan.
Kemenangan akan membantu Man United terus menjarakkan diri daripada pasukan yang diuruskan oleh bekas pengurus mereka Jose Mourinho.
United mahu mendapatkan slot ke UCL selepas bosan diaibkan dengan status sekadar di UEL. Itu tidak bagus untuk kelab paling agung dalam sejarah Inggeris.
Selain itu, tempat kelima berpotensi ke UCL jika jiran yang mereka sokong tahun lalu, Man City gagal dalam rayuan mereka di CAS.