Aksi Memukau Eric Bailly Selepas Dirasuk Roh Messi Dihadapan Gawang Sendiri

Pemain pertahanan tengah Manchester United, Eric Bailly telah mempamerkan aksi gelecekan yang memukau dihadapan gawang sendiri seperti dirasuk roh Lionel Messi.

Eric Bailly telah kembali beraksi bersama Manchester United selepas mengalami kecederaan yang entah berapa kali mungkin buat kali ke-356 juta.

Sepanjang menjadi benteng pertahanan Setan Merah, musuh utama kepad Bailly bukanlah pihak lawan namun kecederaan. Sangat rapuh.

Jika berada diprestasi yang sebenar, Bailly mampu menempatkan diri sebagai pemain pertahanan antara yang terbaik di dunia atau sekurang-kurangnnya di England.

Itulah yang dilkaukan Bailly dalam perlawanan menentang Chelsea apabila melakukan satu aksi yang penuh berisiko di hadapan David De Gea.

Pada minit ke-37 Mitchy Batshuayi datang menyerang dan cuba melepaskan rembatan namun Bailly berjaya merampas bola daripada kaki pemain Chelsea itu.

Agak sukar untuk untuk Bailly mengeluarkan bola ketika itu kerana mengadap ke arah gawang sendiri kecuali memberi sepakan penjuru kepada Chelsea.

Dengan tiba-tiba Bailly melakukan acahan badan yang mengelirukan Batshuayi yang cuba menekan dan menggelecek mengelilingi Batshuayi.

Gerakan Baill persisi Lionel Messi, adakah Bailly dirasuk roh Messi atau Bailly sebenarnya mempunyai IQ 2000 seperti Soul Mortal?

https://www.facebook.com/ManUnitedLU247/videos/611214526278955/

“Tolong kekal cergas.”

https://twitter.com/sia_ndlela/status/1229510663317442561

Sungguh mendebarkan dan sangat mengerikan perlakuan Bailly di dalam kotak penalti itu. Namun tindakan Bailly itu sangat memukau dan berhasil.

Sungguh lancar gerakan pergerakan badan Eric Bailly seperti melakukan hikmat meringankan badan seperti Biduanda Layang-layang.

Ole Gunnar Solskjaer telah memuji aksi Bailly dan menganggap pemain itu seperti seekor Singa.

“Eric Bailly adalah pemain yang hebat. Ini aksi pertamanya bersama kami [Manchester United] sejak aksi berhadapan Chelsea pada bulan April.”

“Eric pertahan hebat, dia laju, dia berani bak singa.”

Dalam perlawanan ini, Manchester United sekali lagi berjaya menewaskan Chelsea dengan jaringan gol tanpa bolos.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.