Aksi Memukau Bruno Ferenandes Menentang Chelsea

Pemain baharu diikat Manchester United, Bruno Fernandes terus mempamerkan aksi memukau beliau dalam perlawanan kedua sekaligus memberi impak positif.

Lebih manis Bruno Fernandes akhirnya menikmati rasa kemenangan pertama bersama Manchester United dengan menewaskan Chelsea dua gol tanpa balas.

Sudah hampir sebulan Bruno Fernandes menjejakkan kaki beliau di bumi Manchester dan cuti rehat winter break membuatkan beliau menunggu untuk perlawanan kedua.

Pada perlawanan pertama Fernandes telah mempamerkan aksi yang padu namun sekadar seri tanpa jaringan menentang Wolverhampton Wanderer.

Dalam debutnya pemain Portugal itu telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan dalam perlawanan kedua Fernandes masih yang terbaik.

Ketika menentang Chelsea, Fernandes telah mencipta satu bantuan gol dari sepakan penjuru untuk disudahkan Harry Maguire.

Ini juga telah membuktikan Fernandes merupakan pakar sepakan bola mati yang pernah wujud bersama Setan Merah di era Ole Gunnar Solskjaer.

Sebelum jaringan Maguire itu terhasil, sepakan percuma Fernandes sangat dicemburui oleh tiang yang menafikan bola itu menerjah gawang.

Aksi Memukau Bruno Ferenandes Menentang Chelsea

Perlawanan menentang Chelsea terus membuktikan kenapa Manchester United sangat memerlukan pemain dibahagian tengah seperti Bruno Fernandes.

Selain mencipta bantuan gol dalam perlawanan ini, Fernandes telah membuat hantaran 80 peratus tepat, mencipta tiga peluang dan membuat tiga recoveries.

Selain itu bekas pemain Sporting Lisbon itu juga telah memenangi dua tackle dan terlibat secara terus dalam lima daripada sembilan percubaan Setan Merah.

Aksi90 minit Fernandes ini telah dikumpulkan dalam satu video berdurasi enam minit mempamerkan aksi, hantaran dan kebijaksanaan Fernandes.

https://www.youtube.com/watch?v=NKXVUE806FE

Dinamik yang ada pada Fernandes merupakan satu perkara yang tiada bersama Manchester United selepas era Sir Alex Ferguson.

Ternyata aksi Bruno Fernandes mendapat pujian media. Manchester Evening News menulis:

“Bruno Fernandes memberikan Manchester United jalan yang diperlukan.”

The Guardian juga memuji aksi pemain tengah itu:

“Aksi Bruno Fernandes ini bukti awal bahawa inilah titik kepada masa depan yang cerah.”

Apa yang menarik adalah gandingan Fernandes dan Fred tampak serasi bersama dan penuh meyakinkan walaupun baharu bergandignan untuk dua perlawanan.

Mereka berdua memberikan dinamik yang sangat baik di atas padang. Sepertinya sudah beraksi bersama sudah beberapa musim.

Fred kini juga telah disebut-sebut sebagai calon player of the season untuk pasukan Setan Merah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.