Aksi Kante Menolak Untuk Melengahkan Masa Bukti Beliau Pemain Paling Mulia Dalam Dunia Bola Sepak

N’Golo Kante menolak untuk melengahkan masa ketika beliau berpeluang untuk melakukannya dalam aksi perlawanan akhir Champions League bertemu Man City semalam.

Aksi beliau yang segera bangun dan tidak mahu melengah-lengahkan masa itu membuktikan Kante seorang pemain yang sangat jujur.

Chelsea berjaya menewaskan Man City 1-0 untuk bergelar Juara saingan Champions League musim ini dengan N’Golo Kante muncul sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Beliau dipilih sebagai pemain terbaik dek kerana aksi mantapnya mendominasi bahagian tengah padang dan tidak dapat dinafikan beliau selayaknya memenangi anugerah tersebut.

Selain aksi hebat yang dipamerkan, Kante turut menunjukkan sisi kemuliaan hatinya dan membuktikan dakwaan yang menyatakan beliau merupakan pemain paling mulia dalam dunia bola sepak, adalah benar.

Ketika perlawanan yang dilangsungkan di Porto itu masuk ke minit-minit terakhir sebelum ditamatkan, Kante telah menunjukkan mengapa beliau dianggap pemain paling mulia dalam dunia bola sepak.

Kebanyakkan pemain tentunya akan melengah-lengahkan masa seandainya mereka dikasari pada minit-minit terakhir permainan, dan ditambah pula dengan pasukannya sedang mendahului permainan.

Tetapi hal tersebut sama sekali tidak dilakukan oleh N’Golo Kante yang tidak mampu untuk melakukan taktik keji dalam dunia bola sepak itu.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu dengan segera bangun selepas beliau dikasari dan mengukir senyuman di wajahnya sambil meneruskan permainan seperti biasa.

Beliau awalnya seperti mahu melengah-lengahkan masa dengan berbaring selepas dikasari, namun tidak sampai dua saat, beliau kembali bangun dan bermain seperti biasa.

Rakan sepasukannya yang lain tentunya berharap Kante akan baring lebih lama untuk membuang masa, namun taktik kotor seperti itu sama sekali tidak wujud dalam kamus hidup Kante.

Aksinya itu telah tular di media sosial dengan para peminat kebanyakkan memuji beliau dan menganggap tidak ada atlet dalam dunia ini yang mampu menandingi kemuliaan seorang Kante.

Ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta turut memberikan tribute kepada Kante ketika sesi temu bual selepas tamat perlawanan.

Beliau menganggap bintang berusia 30 tahun itu merupakan salah seorang pemain midfield terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

“Jawapan saya paling tepat untuk soalan itu adalah tidak!”

Jawab Azpilicueta ketika beliau ditanya ada atau tidak pemain midfield lain yang boleh dibandingkan dengan Kante.

“Dia lakukan segalanya, dia bawa tenaga yang sungguh menakjubkan. Cara bagaimana dia membawa bola ke atas, dia mengawal begitu banyak ruang di atas padang.”

“Bagi dia sendiri juga, selepas memenangi Piala Dunia, memenangi Champions League, dia seorang yang sangat merendah diri dan saya sangat berbangga dengan dia.”

“Dia merupakan nadi paling penting dalam skuad dan saya sangat gembira memiliki dia disamping saya.”

Kante jelas merupakan pemain terpenting ketika membantu Chelsea menewaskan Man City untuk menjuarai gelaran Champions League yang diimpikan oleh kelab itu.

Beliau mendominasi sepenuhnya bahagian midfield dan menutupi setiap inci padang untuk menghalang jentera serangan City dari melancarkan serangan.

Kante sangat peka dalam mematahkan segala serangan yang dilancarkan oleh Man City, dengan beliau menghentikan build up dari bahagian tengah dan turut cemerlang membantu jentera serangan The Blues.

Pemain berusia 30 tahun itu telah memenangi hampir segalanya yang diimpikan oleh seorang pemain bola sepak profesional.

Beliau akan terus kekal diingati sebagai salah seorang pemain midfield terhebat yang pernah menghiasi dunia bola sepak dengan persembahan yang sungguh menakjubkan itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.