Walaupun sudah digelar pemain veteran, namun Cristiano Ronaldo masih mampu melakukan gol dengan gaya lompatan yang sangat tinggi.
Pada aksi menentang Sampdoria di tempat lawan, Ronaldo melakukan gol yang mencabar hukum graviti sekali lagi.
Ronaldo memberikan gol kemenangan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan dengan tandukan hasil daripada lompatan yang tinggi.
Namun ini sudah menjadi cap dagang kepada Cristiano Ronaldo yang seringkali melakukan tandukan gol dengan lompatan yang dilabel seperti seorang pemain NBA.
Beliau sudah beberapa kali melakukan lompatan lebih daripada 2 meter itu. Lalu ada yang menggelarkan beliau sebagai superhuman dan salah seorang atlet yang terbaik pernah dilahirkan.
🇵🇹 Cristiano Ronaldo is one of the greatest athletes we've ever witnessed.
A normal person jumps 1.00m. Top athletes jump 1.50m. Cristiano Ronaldo jumps 2.56m. Superhuman. 🚀🔥 pic.twitter.com/1K9KD5JA3i
— FutbolBible (@FutbolBible) December 19, 2019
Gol kemenangan itu meletakkan Juventus kini 3 mata di atas Inter Milan. Juventus berada di tangga teratas Serie A dengan Inter Milan masih ada 1 lagi perlawanan kurang daripada mereka.
Ronaldo melakukan lompatan tinggi menewaskan pemain pertahanan lawan, Nicola Murru untuk menyambar hantaran lintang oleh Alex Sandro.
Ronaldo mengapungkan dirinya di udara untuk beberapa saat sebelum melakukan contact dengan bola menggunakan kepalanya.
Ronaldo melompat 2.5 meter di udara dan berada di udara sekitar 1.5 saat.
2.5 meters in the air
What a jump & what a header 2.5 meters from the ground & 1.5 hang time in the air
What a header from mighty CRISTIANO RONALDO #SerieA #CristianoRonaldo #SampJuve pic.twitter.com/TlY1aet9d0— Akhileshwar (@vidakhileshwar) December 19, 2019
Tandukan itu telah menggemparkan peminat bola sepak dan warganet yang tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan menghargai kegeniusan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.
A better view of Ronaldo’s header!
Look at the Jump and how long he stayed in the air, and the placing of the ball!! 🔥🔥 pic.twitter.com/6gZtDbPRmx
— JAGS (@EtniesJags) December 18, 2019
Lompatan yang sangat luar biasa dengan fokus kepada bola yang tinggi.
A better view of Ronaldo’s header!
Look at the Jump and how long he stayed in the air, and the placing of the ball!! 🔥🔥 pic.twitter.com/6gZtDbPRmx
— JAGS (@EtniesJags) December 18, 2019
Bukan mudah untuk melakukan lompatan setinggi itu terutamanya untuk seorang yang berusia 34 tahun.
https://twitter.com/i/status/1207458020369649664
Juventus mendahului menerusi Paulo Dybala. Namun Sampdoria menyamakan kedudukan menerusi Gianluca Capri pada minit ke-35.
10 minit kemudian, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kedua pasukannya. Yang menjadi gol kemenangan.
Ronaldo's jump
just Wow 🚀 pic.twitter.com/mScKjdyfNm— JuGif (@JuveGif) December 18, 2019
Sampdoria kini berada di tangga ke-17 dengan hanya mengutip 15 mata. Mereka dalam kedudukan bahaya menghampiri zon penyingkiran.
Juventus sudah mencetak 13 kemenangan selepas 17 perlawanan. Apa yang pasti gol ini pasti akan menjadi bualan untuk tempoh yang lama bagi mengingati kehebatan Cristiano Ronaldo.
Ronaldo juga beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Sampdoria dengan mencatatkan 13 duels yang dimenanginya. Beliau melakukan 3 gelecekan yang berjaya.
Ronaldo turut mencetak 4 percubaan, 2 daripadanya adalah tepat dan 1 berjaya menerjah ke gawang dengan cara yang sangat ikonik.
Cristiano Ronaldo stats vs Sampdoria:
90 Mins Played
4 Shots (2 on target)
1 GOAL ⚽️
34 Passes
75% Pass Accuracy
3 Dribbles Completed
1 Long Ball
1 Clearance
13 Duels Won
1 MOTMAir Ronaldo. 🐐❤️ pic.twitter.com/TodfShMtCc
— Ayoola (@olabadass) December 18, 2019
Ronaldo kini sudah menjaringkan 12 gol untuk Juventus pada musim ini. Ianya juga merupakan gol ke-40 Ronaldo daripada 63 penampilan untuk Juara Itali itu.
Secara keseluruhan, Ronaldo sudah menjaringkan 613 gol daripada 826 perlawanan kompetitif. Ianya satu rekod yang sangat luar biasa dicatatkan pemain kelahiran Portugal ini.
Ronaldo sudah bermain bersama dengan beberapa kelab besar termasuk Real Madrid, Manchester United dan kini bersama Juventus.
Sebagai rekod beliau sudah memiliki 5 ballon d’or di dalam kariernya, hanya Lionel Messi yang lebih banyak daripada beliau.
Ronaldo turut berjaya membantu negaranya menjuarai Euro 2016 sebagai kapten.