Aksi Bruno Fernandes Dalam Debut Bersama Manchester United

Pauskan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United akhirnya mengesahkan Bruno Fernandes milik mereka selepas tempoh perbincangan yang sangat panjang.

Tempoh 48 demi 48 jam berlalu, jadi tak jadi dan perbincangan bersambung semula dan akhirnya Bruno Fernandes menjadi milik Manchester United.

Setan Merah tidak menunggu lama untuk menurunkan Bruno Fernandes dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderer.

Manchester United membayar Sporting Lisbon £47 juta bagi mendapatkan Fernandes dengan klausa tambahan dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan.

Selain itu sejumlah £4.23 juta bonus lagi akan teraktif secara automatik jika Man United layak ke UEFA Champions League(UCL)

Baki bonus tambahan yang lain berjumlah £12.7 juta adalah untuk kejayaan lain dalam klausa yang dirahsiakan.

Penampilan Pertama Bruno Fernandes Bersama Manchester United

Perlawanan antara Manchester United dan Wolves sudah pasti menjadi tumpuan kerana kehadiran pemain baharu mereka, Bruno Fernandes.

Walaupun baru dibeli, Bruno Fernandes terus diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menikmati malam pertama bersama Setan Merah.

Penampilan Bruno Fernandes dalam perlawanan pertama ini tidak mengecewakan dan memberi sinar harapan kepada peminat Setan Merah.

Impak yang positif ditunjukkan Fernandes dengan hantaran dan kawalan bola yang meyakinkan disamping beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki.

Pada separuh masa pertama, Fernandes sudah memenuhi apa yang Setan Merah inginkan di bahagian tengah padang.

Pemain Portugal itu telah membuat sentuhan paling banyak dengan 58 sentuhan, percubaan hantaran paling banyak dengan 6 hantaran.

Selain itu 3 percubaan juga telah dihasilkan Fernandes pada separuh masa pertama, benda yang kadang-kadang gagal dibuat semua pemain Setan Merah.

Fernandes dilihat tidak takut untuk mendapat bola dan cuba untuk melakukan gerakan seboleh yang mungkin.

Secara keseluruhan sepanjang tempoh 90 minit Bruno Fernandes di padang inilah statistik beliau.

• 88 hantaran (terbanyak di atas padang)
• 44 final 1/3 passes (terbanyak)
• 5 shots (terbanyak)
• 5 tackles (ketiga terbanyak di kalangan midfield)
• 3 shots on target (paling banyak)

Antara benda ajaib adalah Fernandes mampu menghasilkan 3 percubaan tepat seorang diri sahaja daripada 5 percubaan yang semuanya dari luar kotak.

Sepakan percuma Fernandes juga boleh menjanjikan sesuatu buat Setan Merah dalam perlawanan yang mendatang walaupun ada satu sepakan percuma kelakar.

Dalam perlawanan ini, Fernandes telah kehilangan bola sebanyak 26 kali satu perkara yang boleh diperbaiki dengan mencari persefahaman yang lebih.

Untuk mengatasi masalah ini mungkin Fernandes boleh mencari jalan selamat dengan membuat hantaran ke belakang. Dapat la statistik cantik.

Dalam 12 kali perebutan bola, hanya 4 kali sahaja Bruno Fernandes berjaya menang dalam pertarungan itu dan telah dilepasi pemain lawan sebanyak 3 kali.

Korang tengok sendiri la aksi Fernandes ni.

https://www.youtube.com/watch?v=95aAJu2fQTc

Jika Bruno Fernandes dibeli pada harga bawah £20 juta aksi dipamerkan dalam perlawanan pertama ini boleh dikatakan sangat bagus.

Agak terbulu-bulu Fernandes diturunkan dan bermain 90 minit penuh untuk debut, entah sempat berlatih ke tidak.

Untuk perlawanan pertama terlalu sukar untuk menilai prestasi Bruno Fernandes. Takkan hari kahwin, esok dapat anak?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.