David Alaba menunjukkan sisi budiman yang ada dalam dirinya ketika beliau memujuk Neymar yang menangis teresak-esak selepas tamat perlawanan akhir liga Juara-juara awal pagi tadi.
Neymar gagal menahan air mata kekecewaannya selepas pasukannya tunduk 1-0 kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir tersebut.
Alaba dan Neymar berkongsi detik mengharukan selepas wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Neymar is in tears at the full-time whistle.
Brilliant from David Alaba taking the time to console him 👏#UCLFinal pic.twitter.com/WkaCYcoyP3
— Football on BT Sport #Club2020 (@btsportfootball) August 23, 2020
Pemain kebangsaan Austria itu memujuk bintang besar Brazil, Neymar dan terus memberi semangat kepadanya agar tidak terlalu sedih.
Para peminat turut berasa terharu melihat tindakan Alaba yang tidak terus meraikan kejayaan menjuarai Piala liga Juara-juara sebaliknya beliau pergi ke arah Neymar untuk menenangkannya.
Pelbagai puji-pujian yang diberikan kepada Alaba atas sikap positif yang beliau pamerkan awal pagi tadi.
“Satu penghormatan harus diberikan kepada Alaba yang memujuk Neymar selepas tamat perlawanan itu.”
“Sementara semua pemain Bayern yang lain meloncat riang keliling padang, Alaba pula sibuk memujuk Neymar. Sikap yang sungguh murni dari beliau.”
“Semangat kesukanan yang sungguh luar biasa dipamerkan oleh Alaba. Beliau memujuk Neymar dengan penuh perasaan.”
Pure class from Alaba who just won the Champions League and instead of celebrating with his teammates, he spent 5 minutes consoling Neymar Jr.
So much respect! 👏♥️ pic.twitter.com/gYJ8cYaIyZ
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) August 23, 2020
Begitulah antara kata-kata pujian yang diberikan kepada Alaba melalui lama twitter oleh para peminat.
Touch of class from David Alaba. Just won the Champions League, achieved a life-long dream and he's consoling Neymar.
Love seeing stuff like that. 👏 pic.twitter.com/SOZ7VS9kn1
— Football Tweet (@Football__Tweet) August 23, 2020
Perlawanan malam semalam bermula agak perlahan selapas percubaan awal Bayern Munich mudah dipatahkan dan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati bagi membaca rentak permainan lawan.
Robert Lewandowski hampir saja membuka tirai jaringan selepas berjaya melakukan rembatan padu dengan membuat satu putaran badan yang sangat cantik.
Tapi sayang, walaupun Keylor Navas sudah tertewas namun tiang gol menjadi penghalang.
Neymar pula gagal menyempurnakan hantaran cantik Kylian Mbappe apabila Manuel Neuer lebih bersedia untuk mengeluarkan bola dengan kaki.
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri tanpa jaringan.
Perlawanan rancak usai babak kedua bersambung di mana kedua-dua pasukan berbalas serangan walaupun tiada jaringan yang terhasil.
You've just become Champions of Europe.#ChampionsLeague secured.
Everyone's jubilating.
What does David Alaba dó?
He literally spent minutes consoling Neymar.Pure class
Pure respect.#UCLFinal#PSGBayern#UCLFinal2020
pic.twitter.com/fs4UICjSbp— Fabrizio Romano🗯️ (@manlikelaxx) August 23, 2020
Kerancakan perlawanan terganggu dengan kekasaran Serge Gnabry ke atas Neymar yang menjadi lumrah bola sepak, namun lakonan berlebihan Neymar memanaskan keadaan.
Aksi panas yang disebabkan Neymar itu menyebabkan Leandro Daniel Paredes dilayangkan kad kuning kerana konfrontasi ke atas Gnabry yang turut menerima kad kuning kerana kekasaran yang dilakukan.
Kingsley Coman membuka tirai jaringan melalui satu sundulan dengan menghantuk bola sesedap rasa mencari bucu gawang menyaksikan bola melantun masuk menewaskan Keylor Navas.
Masa kecederaan selama 5 minit telah diberikan oleh pengadil dan Bayern Munich tampak tenang bersahaja mengasak asakan PSG sehingga wisel penamat.
Nyata PSG gagal untuk menyaingi Bayern Munich dalam perlawanan ini, Kylian Mbappe, Neymar dan Angel Di Maria tenggelam punca dalam perlawanan ini.
FairPlay to Alaba. Holding Neymar up so he doesn’t dive to the ground again pic.twitter.com/cK629kYWYY
— VVD Role (@The_VVD_Role) August 23, 2020
Tangisan Neymar usai wisel penamat ditiup menjadi sorotan kamera dan disitulah hadirnya Alaba untuk memujuk bintang Brazil yang sedang menangis itu.
Bayern Munich mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama mencatatkan 100 peratus kemenangan di kempen Champions League dalam semusim dengan 11 kemenangan.
Bayern Munich menyamai rekod Liverpool dengan kemenangan buat kali ke-6 di pentas Champions League. 1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01, 2012–13 dan 2019/20.