Jika aksi di antara Manchester United diterjemahkan sebagai Maharajalawak Mega, maka Harry Maguire adalah penerima darjah 5 Ha dan membawa pulang set telefon pintar oppo.
Mana tidaknya, di kala rakan rakan dia sudah sedia nak meraikan tiga mata, dia membuatkan Wan Bissaka tak bisa berbuat apa apa sambil merasakan bisa tusukan dari belakang oleh kapten United itu.
Pemain pertahanan termahal di cekerawala iaitu Harry Maguire langsung tidak sedar, bahawa makhluk yang dia marking itu adalah lelaki Inggeris bernama Kelantan, Wan Bissaka.
Penyokong Man United semalam meraikan kekalahan Leicester dengan penuh yakin bahawa mereka akan menang pada hari ini.
Tanpa mereka sedari bahawa pasukan mereka adalah Manchester United.
United ketinggalan awal dalam perlawanan ini apabila Stuart Amstrong merembat dari jarak dekat.
Namun semangat juang tinggi ditunjukkan United apabila menyamakan kedududukan pada minit ke-20 menerusi Marcus Rashford.
3 minit kemudian giliran pemain yang tenang di depan gol, Anthony Martial meletakkan pasukan paling agung dalam ketamadunan Inggeris di hadapan.
Ole Gunnar Solskjaer hanya bersila panggung di tempat pengurus sambil memerhati pengurus pasukan lawan yang tak senang duduk.
Keyakinan Ole jelas terpancar apabila dia menyaksikan aksi kumpulan KPOP BTS di tab yang dibekalkan kepadanya.
Namun Ole merah padam mukanya, apabila pemain yang diberikan kepercayaan menjadi kapitan telah me-marking kawan sendiri ketika perlawanan hampir tamat.
Pemain yang tak ternama, Obafemi menjadi wira pasukan lawan mencuri satu mata daripada pasukan serba bintang Man United.
Lihat sendiri hiburan yang kelakar sangat, kecuali untuk penyokong United. Ini bagi mereka satu perkara yang mengaibkan.
Obafemi with a Premier League goal in the 96th minute at Old Trafford.
Nice pic.twitter.com/Lq1Tg41pap— YBIG (@YouBoysInGreen) July 13, 2020
Entah apa yang merasuk Maguire sehingga melakukan aksi sebegitu rupa.
Wan Bissaka hanya mampu berserah kerana tidak dapat bergerak ketika objek tumpul terasa berada di belakangnya.
Harry Maguire was marking Wan Bissaka when Obafemi scored😂😂#MUNSOU pic.twitter.com/oIJ9UxnPDq
— John Mutuma (@JonitezD) July 13, 2020
Obafemi yang melihat aksi itu mengambil kesempatan dengan gol penyamaan untuk pasukannya.
Kalau begini gayanya, kita ternyata discam Leicester tegas seorang peminat United yang merasakan aksi kelakar Maguire itu telah membantu bekas pasukannya.
Jika semalam Chelsea membanggakan Solanke menyelamatkan pasukan mereka daripada turun tempat. Apa salahnya Leicester meraikan Maguire.
Harry Maguire is not just a brilliant defender, he's revolutionizing the position as we know it.
Why mark a opposition player when you can mark your own defender out of the cornerSimply genius pic.twitter.com/rARLtTFYJS
— Owen🇩🇪🇨🇦 (@LFCOwen96) July 13, 2020
Harry Maguire sebelum ini sudah melakukan banyak aksi kelakar. Tak terkira banyaknya telefon oppo di rumahnya.
I can't!!!!!!! Just seen the corner again and Harry Maguire was marking Wan Bissaka at the corner 🤦🏾♂️ #MUFC pic.twitter.com/BkCFwCRJSI
— 🇬🇹Bobby Hanlon🇮🇪🇺🇦 (@bobby9496) July 13, 2020
Dan tanpa berlengah, Ole memberikan star kepada video kelakar hasil ciptaan Maguire itu tanda sokongan.

Itulah Harry Maguire yang ibarat lilin membakar dirinya demi menerangi orang lain. Sanggup buat kelakar demi hiburan di pagi hari kepada mereka yang berjaga dan mengantuk.