Hanya selepas 24 jam diumumkan sebagai juara Fantasy Premier League (FPL), Aleksandar Antonov sudah pasti kecewa selepas kejuaraan tersebut dilucutkan oleh penganjur, iaitu pihak Premier League sendiri.
Dan Antonov hanya perlu menyalahkan diri sendiri yang gagal mengawal perasaan kerana kecewa dengan prestasi Raheem Sterling ketika musim masih lagi berlangsung.
Menurut Premier League, kejuaraan tersebut ditarik kerana Antonov melanggar peraturan apabila dituduh rasis.
Following end of season checks, final standings have been updated. We can confirm that Joshua Bull is the official 2019/20 #FPL champion.
Congratulations @JoshuaABull 👏 pic.twitter.com/KsRO8yIi9W
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) August 11, 2020
Semuanya hanya kerana perbualan di dalam group chat Antonov dan rakan-rakan.
Selepas 38 pusingan saingan Liga Perdana Inggeris telah dilalui dengan jayanya, Antonov sepatutnya dinobatkan selaku juara apabila menewaskan jutaan pemain lain dari seluruh dunia dengan mengumpul 2,575 mata.
Kejuaraan tersebut kini diberikan kepada Joshua Bull apabila pasukannya ‘The Bulldozer sebelum ini hanya bergelar naib juara.
Kontroversi pelucutan kejuaraan FPL pada musim ini disahkan sendiri oleh pihak FPL melalui laman web dan media sosial.
Wow, so it looks like the longest FPL season is getting even longer…
For everyone tweeting, I don't know what's going on either – I had an email from FPL this morning telling me that I've won(!), but I don't know why…
— Joshua Bull (@JoshuaABull) August 11, 2020
“Berdasarkan penilaian selepas berakhir musim, kedudukan terakhir kini telah dikemaskini, mengesahkan penyokong Southampton, Joshua dan pasukannya ‘The Bulldozers’ adalah juara.”
“Pasukan juara sebelum in telah disingkirkan daripada FPL kerana melanggar peraturan yang telah kami tetapkan.”
Walaupun selepas dilucutkan kejuaraan, Antonov tampil menafikan beliau adalah seorang rasis.

“Apa yang kami tulis (sembang) dengan rakan-rakan lain hanyalah banter. Saya percaya ia sama saja dengan mana-mana banter bola sepak yang lain ketika chat,” ujar beliau.
Antonov turut menekankan terdapat salah faham mengenai konteks perbualan tersebut. Malah Antonov berkata konteks tersebut (n-word) tidak membawa maksud rasis di Bulgaria.
Mungkinkah Antonov lupa beliau sedang bermain Fantasy Premier League dan bukan Liga Bulgaria?