Akibat Muflis Gol, Arsenal Terpaksa Pilih Gol Terbaik Bulanan Daripada Gol Sesi Latihan

Arsenal secara rasminya menamatkan bulan Ogos dengan tanpa gol di EPL. Ini bermakna, Arsenal harus memilih gol daripada gol pusat latihan, jika mereka mahu memilih gol terbaik bulanan.

Selain itu, sekali lagi pasukan wanita Arsenal berpeluang untuk mengisi syarat untuk memenangi pertandingan itu kerana lelaki lelaki yang ada tak jumpa gol.

Arsenal sudah mengharungi 3 perlawanan, 3 kekalahan, 0 gol dan dibolosi 9 kali. Jadi secara tak sedar, mereka ada perbezaan jaringan -9.

Di media sosial para peminat bertukar tukar pandangan mereka tentang perkara itu.

Antara pemain yang sudah mencetak gol di pusat latihan termasuk Aubameyang.

Ini adalah permulaan yang sangat teruk buat Arsenal lebih lebih lagi ketika mereka ada nama seperti Aubameyang dalam pasukan.

Pemain yang sebelum ini konsisten mencabar kasut emas di Bundesliga dan EPL.

Arteta menerangkan syarat menyertai gol bulan Ogos

Nasib Arteta dikatakan bergantung kepada 5 perlawanan Arsenal bermula daripada aksi menentang Man City ini.

Arteta perlu membuktikan bahawa dia layak menggalas jawatan di Arsenal bersama sama dengan proses yang dia maksudkan.

Arteta memulakan karier pengurusan di Arsenal dengan cemerlang. Membantu kelab menjulang Piala FA. Musim berikutnya menciduk Liverpool dalam perebutan perisai kebajikan.

Tapi selepas itu, kisah dia menyedihkan. Arsenal malah tidak layak bermain dalam Liga Persidangan Eropah. Liga kasta ketiga yang baru diwujudkan untuk pasukan pasukan yang tak layak ke UCL dan UEL.

Lalu Arsenal tanpa segan silu menyokong projek ESL. Itupun tak jadi dan terpaksa akur bahawa musim ini mereka hanya bermain aksi domestik. Tak ada terbang keluar dari England.

Arteta kemudian diberikan wang yang banyak untuk membeli pemain. Tetapi setakat ini pembelian beliau tidak begitu meyakinkan. Sudah tiba masanya Arteta memberikan kata kata semangat kepada para pemain untuk membuktikan kualiti mereka.

Arsenal juga sedar jika terus terperosok di lembah hina, para pemain bintang mereka akan pergi. Terutama sekali pemain yang berpotensi besar seperti Bukayo Saka, Emile Smith Rowe dan Martinelli.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.