Hanya kerana mencium bola, pemain bola sepak dari Argentina, Sergio Lopez telah didenda sebanyak £1,000.
Denda tersebut kedengaran seperti melucukan. Namun ia adalah satu kesalahan yang dianggap berat di bawah peraturan atau SOP pertandingan untuk mencegah wabak.
Pemain tengah berusia 31 tahun itu beraksi untuk SD Aucas di liga utama Ecuador.
Dalam perlawanan yang diadakan pada Jumaat lalu, Lopez membantu kelab yang berpengkalan di Quito itu menewaskan Macara dengan jaringan 1-0.
Namun Lopez kemudiannya bertindak melanggar peraturan ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan tempatan, apabila bertindak mengambil bola dan mencium bola tersebut sehabis hati untuk meraikan jaringan yang dihasilkan.
Sergio Lopez fined £1,000 for kissing match ball in huge breach of strict coronavirus ruleshttps://t.co/zzcceewsJj
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) September 1, 2020
Ecuador FA kemudiannya tidak teragak-agak menjatuhkan denda tersebut kepada Lopez yang dianggap sebagai degil.
Selain Lopez, lima lagi pemain turut menerima denda dengan jumlah yang sama selepas saling bertukar jersi selepas tamat perlawanan.
Penularan wabak global di negara-negara Amerika Selatan sehingga kini telah menyebabkan lebih 6,600 kematian di Ecuador (dilaporkan).
Di negara yang mempunyai populasi 17 juta itu, 114,000 kes jangkitan telah dilaporkan setakat ini.
Kes kematian dijangka meningkat dengan penambahan sehingga 4,000 kematian jika keadaan semasa diambil kira.