Akhirnya Liga Perdana Inggeris Capai Kesepakatan, Liga Tidak Akan Disambung Awal Mei

Premier League telah mengadakan satu mesyuarat menerusi video online. Agenda utama mereka pastilah untuk membincangkan sama ada liga akan dibatalkan ataupun tidak.

Berdasarkan keputusan mesyuarat sebelum ini Liga Perdanan Inggeris sepatutnya akan disambung semula pada awal Mei dan paling awal pada 30 April 2020.

Tetapi selepas mesyuarat semalam, Premier League akhirnya mencapai kata sepakat bahawa liga akan terus ditangguhkan sehingga tarikh ia bersambung diberitahu kelak.

Keadaan koronavirus yang masih merebak dengan kuat di UK ketika ini membuatkan mustahil untuk liga disambung pada awal bulan Mei hadapan.

England antara negara yang sedang dalam lockdown ketika ini bagi memutuskan rantaian jangkitan virus covid-19.

Menurut kenyataan oleh Premier League, mereka memutuskan untuk menamatkan musim ini selepas keaadaan mengizinkan.

Ini termasuk pertandingan domestik yang lain iaitu Piala FA dan Piala Carabao.

Premier League menegaskan mereka mengikuti seruan daripada UEFA yang mahukan liga ditamatkan dan bukannya dibatalkan.

Pembatalan liga akan bermakna musim ini dikira tak wujud ataupun null and void. Ia akan membuatkan pasukan Liverpool tidak boleh dinobatkan sebagai juara.

Dalam pada masa yang sama Premier League juga menyatakan mereka mendukung prinsip intergriti, sebab itu mereka mahu meneruskan liga dan juga pertandingan bola sepak.

Premier League tidak dapat memberikan tarikh baharu itu. Kerana mereka mahu memantau sedalamnya keadaan semasa dan berhubung dengan kerajaan UK serta pakar perubatan.

Selain itu EPL turut menyatakan mereka akan berunding dengan PFA (Kesatuan Pemain FA) tentang pemotongan gaji 30% daripada para pemain.

Ini bagi membantu kelab dalam meringankan beban selepas mengalami banyak kerugian ketika wabak koronavirus.

Premier League akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan PFA bagi memuktamadkan perkara itu.

Mesyuarat itu akan turut dihadiri oleh wakil Premier League, Pegawai PFA dan juga wakil daripada pemain. Dan mesyuarat akan diadakan dari rumah menerusi video conference.

 

Bukan itu sahaja, memahami kesengsaraan yang ditanggung oleh liga bawahan di England. Premier League menerusi lembaga pengarahnya tela sebulat suara setuju untuk memberikan dana pendahuluan/advance sebanyak £125 juta kepada EFL dan National League.

Wang itu akan digunakan untuk membantu kelab yang terjejas teruk kerana masalah kewangan ketika ini.

Dalam kenyataan yang sama, Premier League menegaskan keutamaan ketika ini adalah isu berkaitan kesihatan. Oleh itu Premier League telah mendermakan £20 juta kepada NHS.

Premier League juga memberikan sokongan kepada kelab kelab mereka yang sudah banyak membantu masyarakat dan NHS pada ketika krisis kesihatan ini.

Premier League akan berterusan membantu kerajaan UK dalam usaha mencegah dan merawat wabak koronavirus.

Mereka berikrar akan terus menyumbang kebajikan seperti bantuan dana, bank makanan serta menghantar sukarelawan bagi membantu Frontliners di hospital dan klinik.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.