AJ Styles Cabar Dua Legenda WWE Untuk Bertarung Di Acara WrestleMania 37

Perjalanan menuju WrestleMania 37 sudah semakin hampir, dengan AJ Styles kini sedang dalam usaha untuk mendapatkan perlawanan impiannya.

Beliau sangat mengimpikan untuk bertemu dengan Triple H atau Edge di acara terbesar WWE yang akan dilangsungkan tidak lama lagi itu.

Tambahan pula, Styles sebelum ini sering menegaskan bahawa beliau dalam langkah untuk mengakhiri kariernya bersama WWE dan mungkin akan bersara terus dari dunia gusti professional.

Styles juga mendakwa bahawa masih banyak perkara yang mahu beliau lakukan sebelum meninggalkan gelanggang WWE.

Oleh kerana itu, di acara WretleMania akan datang, beliau meminta untuk dipertemukan dengan dua legenda WWE itu sebagai salah satu impiannya.

AJ Styles sebelum ini telah dipertemukan dengan ramai penggusti hebat di acara WretleMania dengan bertemu Chris Jericho di acara WM32 dan setahun selepas itu beliau bertemu Shane McMahon di acara WM33.

Beliau kemudiannya bertemu dengan Shinsuke Nakamura di acara WM 34 sebelum mempunyai perlawanan yang sangat hebat bertemu Randy Orton di acara WrestleMania 35.

The Undertaker sendiri telah mengumumkan persaraannya secara rasmi tujuh bulan selepas perlawanan menariknya bertemu AJ Styles.

The DeadMan memenangi perlawanan tersebut dan sejak dari itu AJ Styles pernah tampil dan menjelaskan bahawa ramai yang tidak perasan sesungguhnya perlawanan di acara WretleMania 36 merupakan yang terakhir untuk Undertaker.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa AJ menegaskan bahawa seandainya beliau tidak dipertemukan dengan Drew untuk kejuaraan Dunia WWE, beliau mahu berlawan dengan Edge.

Dan sekiranya perlawanan bertemu Edge tidak berlaku, beliau meminta WWE untuk mengatur perlawanannya bertemu Triple H.

Styles dalam satu temu bual bersama talkSPORT, telah menyatakan:

“Jadi, sekiranya saya tak boleh lawan Drew untuk kejuaraan dunia, berikan saya Edge. Seandainya Edge juga tidak boleh, berikan saya Triple H. Terdapat beberapa penggusti yang mahu tampil dan ianya boleh sesiapa saja.”

AJ Styles tewas kepada Drew McIntyre dalam acara TLC baru-baru ini dan usahanya untuk bergelar Juara baru WWE gagal.

Drew ketika itu bertarung dengan Styles dalam perlawanan satu lawan satu sebelum The Miz “cash in money in the bank” miliknya menjadikan pertarungan tersebut berubah kepada perlawanan tiga penjuru.

Styles turut mendedahkan bahawa perlawanan bertemu Edge membolehkan beliau membalas dendam ke atas insiden yang berlaku semasa acara Royal Rumble yang lalu.

“Saya beritahu kamu, saya mahu Edge. Saya ada dendam terpendam sejak dari Royal Rumble. Saya mahu balas dendam atas spear yang dia lakukan ke atas saya. Jadi tiba masanya untuk balas dendam!”

Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklum balas dari Edge mahupun Triple H sendiri berkait cabaran dari AJ Styles itu.

Namun sesetengah peminat sudah menunjukkan rasa minat dan teruja untuk melihat Styles dipertemukan dengan Edge atau The Game, Triple H.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.