Gareth Bale adalah ahli sukan terkaya yang berumur di bawah usia 30 tahun di Britain. Namun kekayaan pemain Real Madrid itu jauh ketinggalan berbanding Lewis Hamilton untuk kategori keseluruhan.
Pemain bola sepak mungkin menerima jumlah bayaran yang mahal, namun tidak seorang pun daripada mereka yang muncul di kalangan 1,000 individu terkaya di Britain yang disenaraikan oleh The Sunday Times’ Rich List.
With his current income, Gareth Bale could buy a Porsche 911 Turbo S every four days. pic.twitter.com/vGPMHwUi68
— SupportingBale (@SupportingBale) May 7, 2014
Hanya dua ahli sukan, iaitu pemandu Formula 1, Lewis Hamilton dan pemain golf, Rory Mcllroy berada di dalam senarai utama The Times. Namun bagi kategori bawah usia 30 tahun, 18 daripada 50 senarai adalah bintang sukan.
17 daripadanya adalah pemain bola sepak. Bale dengan jumlah kekayaan mencecah £114 juta, meningkat £20 juta daripada nilai tahun lalu berada di hadapan satu-satunya peninju di dalam senarai iaitu Anthony Joshua dengan nilai £107 juta.
Kemewahan Gareth Bale
Daripada senarai ini, kekayaan Gareth Bale adalah yang paling unik sekali. Ini kerana kekayaannya dikaut daripada sukan bola sepak – tanpa bermain bola sepak – jika anda faham apa kami maksudkan.
Selain daripada tinggal di rumah kluster kayangan, Bale juga atlet yang sama seperti kebanyakan jantan jantan kaya yang lain, gemar mengumpul kereta mewah.
Gareth Bale's £6.5m mansion that has golf-course, pool, 4 rooms, etc#GhNewsSummaryhttps://t.co/WGW81chtnr
— Ghana News Summary (@GhNewsSummary) August 14, 2020
Sebagai atlet dengan gaji €17 juta euro setahun, bukannya satu masalah untuk Gareth Bale mengumpul barang-barang mewah dan rare seperti wor fu.
Itulah yang dia lakukan ketika berada di Madrid.
Enam kereta sukan dan kenderaan kelas lain dengan harga hebat diletakkan di garajnya. Koleksi keretanya adalah seperti Mercedes SLS AMG, Lamborghini Huracan, Ferrari GTC4Lusso, dan Audi Q7. Bale cuma tidak ada Myvi convert Passo sahaja di dalam koleksinya.
Bale dan golf
Bercakap mengenai Gareth Bale bukan hanya mengenai bola sepak. Terdapat satu sukan lain yang dia gemari, iaitu golf.
Walaupun rumah itu mempunyai semua yang diperlukan, ada satu perkara yang hilang, iaitu padang golf.
Oleh itu, Bale telah mendaftarkan dirinya sebagai ahli kelab golf Ciudad Grupo Santander.
Bale pernah meminta cuti sakit / MC ketika diminta kembali ke kem latihan pra musim.
Gareth Bale is the 6th highest paid golfer in the world.
No bad for someone with a handicap of 5.
2019:
Tiger Woods $45.15m
Phil Mickelson $39.4m
Jordan Spieth $31.78m
Rory McIlroy $37.7m
Justin Thomas $26m
Gareth Bale $24.2m pic.twitter.com/fbq3KOhcxm— Cantona's Collar 🇾🇪🔰 (@CantonaCollars) August 13, 2020
Namun dia kantoi dengan Zidane bahawa dia ada aktivit golf hari itu.
Ketika itu Bale agak kecewa perpindahannya ke China dilarang.
Ketika wartawan bertanya adakah beliau selesa dengan kehidupan di Madrid, seolah olah beliau makan gaji buta.
Bale berkata: “Aku tak kisah kekal di sini sampai kontrak tamat, walaupun aku terpaksa bermain golf.”
Jika pendapatan Bale dibandingkan dengan pendapatan pemain golf profesional yang lain, maka Bale boleh dikatakan sebagai pemain golf ke-6 dengan pendapatan tertinggi.
Siapa yang lain?
Bintang Manchester United, Paul Pogba pila di tangga ketiga dengan nilai kekayaan £50 juta. Manchester United mempunyai empat pemain dalam senarai itu, termasuk David de Gea, Anthony Martial, dan Luke Shaw.
Manchester United, salah satu kelab dengan pendapatan terbesar di dunia tidak mempunyai masalah membayar gaji pemain mereka dengan jumlah yang tinggi.
Seteru United, Liverpool pula memiliki tiga pemain iaitu kapten pasukan Jordan Henderson; pemain pertahanan, Virgil van Dijk; dan juga bingtang Mesir, Mohamed Salah.
Ketiga-tiga pemain berada di dalam senarai kekayaan buat pertama kali, sekaligus memberi bayangan bagaimana besarnya pelaburan Liverpool melalui kontrak baharu untuk Henderson dan Salah sebelum ini, dan tawaran untuk memancing Van Dijk pada musim lalu.
Mo Salah has signed a new long term contract with Liverpool worth 200k a week with no release clause pic.twitter.com/XCBASKEUfz
— CHAMP19NS🏆 (@LFCVine) July 2, 2018
Di dalam konteks ini, Liverpool dijangka terpaksa terus melabur lebih banyak (kos gaji) pada masa hadapan untuk mengekalkan pemain terbaik mereka.
Dari kalangan 30 pemain yang berada di dalam senarai, Daniel Sturridge mengekalkan kedudukan beliau sejak tahun lalu, walaupun kini tanpa sebarang kelab selepas digantung oleh FIFA berikutan pembabitan beliau dalam kes judi.