Aguero Menamakan Pewaris Yang Akan Menyarung Jersi No.10 Miliknya

Sergio Aguero menamakan Phil Foden sebagai pewaris paling layak untuk menyarung jersi bernombor 10 miliknya yang akan dikosongkan pada penghujung musim ini.

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman City itu akan meninggalkan Etihad sebaik berakhirnya kontrak beliau bulan hadapan.

Beliau sedang dalam persiapan untuk kembali ke La Liga dan beraksi bersama Barcelona selepas mengakhiri karier yang gemilang dalam saingan bola sepak Inggeris.

Aksi terakhir beliau bersama City dalam saingan liga di Etihad minggu lalu diakhiri dengan begitu sempurna, selepas bintang Argentina itu cemerlang meledak dua gol ketika bertemu Everton.

Dua gol itu membantu beliau memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama satu kelab dalam saingan premier league.

Aguero sepanjang kariernya bersama City, beliau telah berjaya menjaringkan 260 gol dari 389 perlawanan.

Pep Guardiola sendiri pernah menyatakan yang Manchester City tidak mampu untuk mencari pengganti kepada penyerang legenda mereka itu.

Walau bagaimanapun, Aguero baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau merasakan Foden adalah calon paling layak untuk menyarung jersi No.10 yang akan beliau tinggalkan itu.

Bercakap dalam satu siaran langsungnya sendiri, Aguero menyatakan:

“Saya rasa jersi No.10 seharusnya diberikan kepada Phil Foden. Ada yang kata Kevin. Masalahnya, saya percaya Kevin memang guna No.17 itu bersama kelab lain, jadi saya tak rasa dia mahu tukar. Sebab tu saya rasa Phil Foden.”

Aguero juga menggambarkan Foden sebagai pemain yang menakjubkan dengan memanggilnya “crack player”. Yang mana ia membawa maksud luar biasa atau bertaraf dunia.

Pada tahun 2011, yang mana ketika itu Foden baru berusia 11 tahun, dan beliau merupakan budak milo yang melihat Aguero menjaringkan dua gol bertemu Swansea dalam aksi debutnya bersama City.

Beberapa tahun selepas itu, Foden berkesempatan bermain bersama Aguero dengan menjadi rakan sepasukannya, bahkan pernah mencatatkan assists untuk gol jaringan bintang Argentina itu.

Foden memberi penghormatan terakhir kepada bintang Argentina itu yang akan meninggalkan City bulan hadapan.

Sebaik tamat aksi bertemu Everton dengan pemain berusia 20 tahun itu sendiri muncul sebagai penjaring gol, Foden telah menyatakan:

“Dia sungguh luar biasa kan?”

Jelas Foden menurut laman rasmi Manchester City.

“Kamu tahu bagaimana para peminat saya dia dan semua pemain juga seperti itu? Kamu boleh nampak itu pada hari ini ketika dia jaringkan gol semua orang berlari ke arah dia untuk meraikan gol tersebut.”

“Saya pernah jadi budak milo di sini melihatkan dia bermain selama bertahun-tahun dengan menjaringkan begitu banyak gol.”

“Sangat sedih untuk melihat dia pergi tapi saya mengharap yang terbaik untuk dia tak kira ke mana saja dia pergi lepas ni.”

Foden ketika ini memakai jersi bernombor 47 sebagai tribute kepada mendiang datuknya, Ronnie yang meninggal dunia di usia 47 tahun.

Beliau dikatakan pernah menolak untuk menukar nombor jersi yang baru pada musim panas 2019, namun jika ia merupakan permintaan dari Aguero, mungkin Foden akan terima dengan hati yang terbuka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.