Agilan Thani Mahu Jadi Anak Malaysia Pertama Jadi Juara Dunia MMA – One Championship

Agilan Thani ataupun gelaran beliau The Alligator akan turun menentang Ben Askrem pada malam ini untuk menentukan juara dunia ONE Championship bagi kategori Welterweight.

Kategori yang masih belum ada pemenang selepas dikosongkan oleh Ben Askren yang bersara. Acara ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena dan Astro Supersport 2 pada malam ini.

Agilan ‘Alligator’ Thani akan beraksi di Axiata Arena yang juga disaksikan oleh peminat dari tanah air sendiri.

Sebelum ini Agilan berpeluang untuk menjadi juara dunia dalam kategori Welterweight tetapi tewas di tangan petarung sensasi Ben Askren.

Hari ini Agilan akan berhadapan dengan Amitesh Chaubey dari India. Chaubey memiliki rekod tanpa kalah dalam 8 perlawanan kickboxing dan memiliki kekuatan submission yang sangat bahaya.

Motivasi dan pengalaman Agilan dalam perlawanan menentang Ben Askren serta sorakan padu rakyat Malaysia pastinya antara perkara yang akan dapat membantu beliau malam ini.

Perlawanan terakhir beliau dalam ONE Championship adalah menang ke atas Sherif Mohamed darip Mesir dengan kiraan mata. Beliau kelihatan lebih tajam dalam pertarungan tersebut dan memperbaiki teknik beliau.

Sorakan penyokong memang antara aspek yang sangat penting. Ianya diakui sendiri oleh Aung La N Sang, Angela Lee, dan Eduard Folayang sebelum ini yang menang kejuaraan mereka di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Ini adalah langkag penting dalam misi Agilan adalah menjadi anak Malaysia pertama menjuarai gelaran Juara Dunia ONE Championship sebelum acara utama yang melibatkan seorang lagi petarung yang menggunakan tiket Malaysia.

Acara utama dalam ONE Championship – Visions Of Victory pastunya Gianni Subba menentang Reece McLaren dari Australia dalam perebutan flyweight. Subba turun menggantikan Adriano Moraes yang menarik diri kerana masalah kecederaan.

Gianni Suba lahir di Hawai. Ayahnya berbangsa Nepal. Beliau dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, tempat kelahiran ibunya. Beliau ada pengalaman hitam menjadi mangsa buli ketika di sekolah kerana sering diejek kerana ras keturunan beliau.

Selepas itu, Subba memasuki kelas taekwando untuk mempertahankan diri dan berjaya memenangi beberapa pertandingan. Selepas remaja, dia dan adiknya, Keanu telah berhijrah ke USA. Dan di sana beliau belajar tinju bermula daripada youtube.

Minat mendalam beliau membuatkan Subba berhenti sekolah dan belajar MMA. Beliau mahu mengejar impian beliau dalam arena MMA.

Selain Subba dan Agilan, 2 lagi anak Malaysia akan bertarung dalam kategori saringan iaitu, Jihin Radzuan dan Muhammad Aiman.

Berikut adalah jadual untuk pertarungan ONE Championship malam ini yang akan berlangsung di Axiata Arena.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.