AFC Champions League 2020: Vissel Kobe 5-1 JDT

JDT turun perlawanan pertama AFC Champions League 2020 untuk tahun kedua berturut-turut bertemu pasukan daripada J-League, Vissel Kobe yang mempunyai Andreas Iniesta.

Tahun 2020 menyaksikan Vissel Kobe mencipta sejarah tersendiri apabila menang gelaran kejuaraan pertama dan kedua dalam sejarah kelab itu.

Pada 1 Januari 2020, Vissel Kobe telah menewaskan juara AFC Champions League 2018, Kashima Antlers diperlawanan akhir Emperor Cup 2019.

Kemenangan ini melayakkan Vissel Kobe ke AFC Champions League 2020 juga buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Pada 8 Februari 2020, Vissel Kobe telah menewaskan juara J-League, Yokohama F. Marinos untuk menjulang gelaran juara Japanese Super Cup buat pertama kali.

Perlawanan ini menjadi tumpuan apabila sembilan sepakan penalti berurut-turut gagal disempurnakan oleh kedua-dua pasukan dan kemenangan akhirnya menjadi milik Vissel Kobe.

Tenyata dekad baru ini dimulakan dengan begitu cemerlang oleh Vissel Kobe dan ini pasti memberi masalah kepada JDT.

Kegiro Ogawa membuka jaringan pada minit ke-13 selepas menyempurnakan hantaran genius Iniesta dengan indah sekali.

Safawi Rasid menyamakan kedudukan pada minit ke-27 melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan Thomas Vermalen.

Namun gol itu hanya bertahan kurang seminit apabila Vissel Kobe kembali di depan hasil jaringan Kyogo Furuhashi.

Vissel Kobe menambah tiga lagi gol pada separuh masa kedua di mana Kegiro Ogawa mencetak hatrik dan Douglas turut mencatat nama selaku penjaring.

Pemain lagenda yang semakin berusia, Andreas Iniesta mempamerkan aksi berkelas dunia dan sangat luar biasa dalam perlawanan ini.

Visi dan bacaan permainan yang dipamerkan oleh Iniesta tidak dapat ditandingi lagi apabila seakan sudah dapat membaca pergerakan pemain lawan.

Dengan menjadi nadi Vissel Kobe, Iniesta telah membuat lima key passes dan dua bantuan gol telah dihasilkan oleh Iniesta.

https://www.youtube.com/watch?v=8O5Z5aCzw-8

VISSEL KOBE XI:

Hiroki Iikura, Thomas Vermaelen, Andrés Iniesta (C), Kyogo Furuhashi, Keijiro Ogawa, Takuya Yasui, Daigo Nishi, Gotoku Sakai, Leo Osaki, Yuta Goke, Douglas

Substitutes: Daiya Maekawa, Hirofumi Watanabe, Noriaki Fujimoto, Ryuho Kikuchi, Ryo Hatsuse, Junya Tanaka, So Fujitani.

JDT XI:

Farizal Marlias, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento

Substitutes: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad, Natxo Insa

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.