Adrian Dianggap Penjaga Gol Paling Hambar Pernah Liverpool Miliki

Adrian San Miguel dianggap sebagai salah seorang penjaga gol paling hambar dalam sejarah Liverpool oleh para peminat selepas aksi buruknya awal pagi tadi.

Adrian melakukan kesilapan mudah yang menyebabkan gawang golnya dibolosi seawal minit ke-4 dalam perlawanan menentang Aston Villa awal pagi tadi.

Para peminat menganggap penjaga gol Sepanyol itu punca utama kepada kekalahan memalukan Liverpool kepada Aston Villa.

Skuad kendalian Jurgen Klopp dibelasah 7-2 oleh Aston Villa dalam perlawanan keempat saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Adrian dianggap punca utama kepada kekalahan mengaibkan itu dan para peminat mengecam teruk aksi hambar yang telah beliau pamerkan.

Adrian setakat ini telah melakukan lima kesilapan yang menyebabkan gawang golnya dibolosi dari 21 penampilan beliau bersama Liverpool dalam semua pertandingan.

Boleh dikatakan beliau melakukan kesalahan dari setiap empat perlawanan dan ianya merupakan antara statistik terburuk dalam sejarah kelab.

Alisson sendiri melakukan lima kali kesalahan yang menyebabkan gawang golnya dibolosi dalam semua pertandingan, tetapi beliau melakukannya dari 92 perlawanan bersama Liverpool.

Dan Adrian mencatatkan jumlah kesilapan yang sama tetapi dari 12 penampilan sahaja, bahkan para peminat menganggap aksi beliau sebenarnya lebih teruk dari Karius.

Dalam saingan premier league sendiri, bermula dari musim lalu hingga sekarang, penjaga gol Liverpool telah melakukan empat kesilapan yang menyebabkan gawang gol mereka dibolosi.

Alisson mencatatkan satu kesilapan dari 32 penampilan beliau dalam saingan liga bersama Liverpool dari musim lalu, manakala Adrian melakukan 3 kesilapan hanya dari 12 penampilan.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Adrian melakukan kesilapan dungu dengan menghantar bola kepada Grealish di dalam kotak penalti lalu dihukum oleh Ollie Watkins untuk gol awal Villa.

Gol tersebut menjadi penyemangat untuk pasukan yang hampir tersingkir ke saingan Championship musim lalu itu dengan mereka berjaya untuk merobek gawang gol Liverpool sebanyak empat kali pada babak pertama perlawanan.

Jurgen Klopp sendiri mengakui kesilapan yang dilakukan oleh Adrian merupakan antara kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain bola sepak dalam sesebuah perlawanan.

Namun beliau tidak menyalahkan Adrian menjadi punca kepada kekalahan memalukan itu, sebaliknya beliau mahu semua pihak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

“Adrian merupakan penjaga gol yang bagus, dia bermain sebelas perlawanan untuk kita musim lalu, kami juga menang semua 11 perlawanan itu. Malam ini penjaga gol kami bukan masalah. Reaksi para pemain lain terhadap gol pertama itu juga bukan kesalahan dia, ini masalah kami semua.”

“Semua perkara yang kamu tidak patut lakukan dalam sebuah perlawanan, telah mereka lakukan hari ini. Kami bolos kerana bola deflection, tetapi ianya bukan halangan yang cukup bagus, jadi ianya jelas salah kami. Tiada sesiapa harus dipersalahkan tetapi kami semua perlu bertanggungjawab.”

“Pujian harus diberikan kepada Aston Villa, mereka berjaya manfaatkan segala kesilapan kami. Gol pertama memang berikan impak dan ianya sepatutnya tidak. Reaksi mereka untuk itu tidak bagus, kami hilang rentak.”

“Tiada apa boleh saya katakan untuk keputusan perlawanan hari ini, mengapa saya perlu begitu marah? Adakah ini satu-satunya? Saya harap begitu, tetapi kita harus buktikannya dalam perlawanan seterusnya. Perlawanan seperi ini tidak sepatutnya terjadi. Saya yakin 100%.”

Jelas Klopp selepas tamat perlawanan.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher turut meluahkan rasa tidak percayanya beliau dengan aksi yang dipamerkan oleh Adrian dengan menyatakan:

“Dengan jumlah kecederaan yang terus di alami oleh Alisson ketika ini, Adrian bukan lah back up yang bagus, ianya sangat merisaukan apabila melihat back up penjaga gol seperti dia masuk menjadi penjaga gol utama. Liverpool perlu mencari penjaga gol lebih bagus.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.