Emmanuel Adebayor kini berisiko menghadapi kemarahan dan makian rakyat Togo selepas memuatnaik satu video menayangkan koleksi kereta mewah yang beliau miliki.
Menurut beliau, video yang dikongsi melalui Instagram tersebut adalah satu motivasi – dan dimuat naik beberapa hari selepas beliau mempertahankan keputusan untuk tidak menghulurkan bantuan kepada negaranya untuk memerangi wabak Kov-19.
Antara kereta yang ditayangkan dalam video tersebut adalah sebuat Rolls Royce yang telah melalui pengubahsuian, empat kereta Mercedes Benz, dua Porsches, sebuah BMW dan juga Range Rover.
Adebayor kini sedang berkurung di negaranya Togo, enggan memberi bantuan kewangan memerangi wabak dan kemudiannya berkata bangga dengan kekayaan yang beliau miliki.
Pemain berusia 36 tahun itu menerima pendapatan £175,000 seminggu ketika masih di Etihad dan meraih pendapatan berjuta-juta ringgit sepanjang kariernya bersama kelab lain.
View this post on InstagramA post shared by TeamSEA – Adebayor (@team_adebayor) on
Walaupun kini beliau berada di negaranya untuk perintah berkurung, Adebayor menegaskan ia bukan tanggungjawab dirinya untuk memerangi wabak tersebut secara peribadi.
“Bagi anda yang menuduh saya tidak menderma, biar saya beterus terang, saya tidak akan menderma. Ia amat mudah difahami,” ujar Adebayor melalui video di Facebook.
“Saya akan melakukan apa yang saya suka, makan apa yang saya mahu. Kemudian akan ada pihak yang tampil mengkritik saya kerana tidak memberikan sumbangan di Lome (ibu kota Togo).
Adebayor juga sebelum ini marah dengan perbuatan beberapa pihak di Togo yang mendakwa beliau bertanggungjawab menularkan wabak tersebut di negaranya.
“Ada juga pihak yang berpendapat saya yang menyebarkan wabak ini di Lome. Ia sangat tidak bernasib baik, tetapi negara ini memang begini.”
Sumber: Instagram