Penalti Gabriel Jesus ketika menentang Atalanta dianggap antara yang paling teruk. Beliau melakukan sedikit lompatan ala Jorginho dan meleretkan bola ke kiri. Namun ia tak masuk.
Manchester City mendapat penalti selepas VAR mendapati bola terkena pemain Atalanta ketika sepakan percuma Raheem Sterling.
Sepakan percuma itu pula didapati selepas VAR menarik balik penalti yang diberikan oleh pengadil.
Jesus terus bersedia dengan tugasan tersebut dengan wajah penuh yakin. Beliau tidak memberikan peluang kepada pemain lain untuk mengambilnya.
Jesus mengambil beberapa langkahan dan kemudian melakukan sedikit aksi trik melompat. Namun malangnya sepakan beliau hanya meleret keluar.
Bahkan Gary Lineker turut mengiktiraf penalti itu sebagai, salah satu penalti paling teruk anda pernah saksikan.
Jesus has just taken one of the worst penalties you’ll see.
— Gary Lineker (@GaryLineker) November 6, 2019
Teknik sepakan beliau itu agak teruk dan bola yang dirembatnya juga lemah.
https://www.youtube.com/watch?v=fvpreXhS1NA
Ada juga menyamakan penalti itu dengan penalti ketika acara pembukaan Piala Dunia 1994 di USA.
A replay of Gabriel Jesus' penalty miss pic.twitter.com/z0iMub8uzW
— Steve Grant (@SteveGrant1983) November 6, 2019
Ada juga yang menganggap ia karma sebab Gabriel Jesus pernah memperlekehkan penalti Mahrez yang tak masuk dahulu.
Karma is f**king pitch if you don’t believe in karma I’m sorry for you. I quite remember last season when pep ask Mahrez to take penalty ahead of Gabriel Jesus and mahrez miss. Jesus was mad and talking. Ladies and gentlemen Gabriel Jesus miss one of the worst Penalty in history pic.twitter.com/0uBTkliUz4
— Cp (@pulisiconly) November 6, 2019
Ketika penalti itu diambil, Manchester City mendahului 1-0 menerusi Raheem Sterling.
City kemudian menukarkan penjaga gol pada separuh masa kedua.
Awal separuh masa kedua, Ilicic menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah.
Malangnya Claudio Bravo pula menerima kad merah kerana mengasarai Ilicic. Kyle Walker terpaksa menjadi penjaga gol.
Kyle Walker sempat melakukan 1 save daripada kira-kira 15 minit (masa tambahan ada 7 minit) aksi beliau di atas padang.
Mungkin selepas ini Jesus akan kehilangan tempat sebagai pengambil sepakan penalti. Rekod beliau agak teruk. Beliau gagal menyempurnakan 3 sepakan penalti daripada 7 yang beliau lakukan.
Ramai juga penyokong Man City mempersoalkan kenapa Gabriel Jesus terus diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan penalti sedangkan rekod beliau agak teruk.
📊| Jesus Stats:
Gabriel Jesus has now missed three of his seven penalties taken in all competitions for City. His first failure in the Champions League. pic.twitter.com/dxNQflWItW
— City Chief (@City_Chief) November 6, 2019
Manchester City masih dalam landasan terbaik untuk mara ke kalah mati. Fokus mereka kini adalah saingan EPL berhadapan dengan Liverpool pada hujung minggu ini.
Manchester City 6 mata di belakang skuad bimbingan Jurgen Klopp iaitu Liverpool.
Liverpool kekal menjadi pasukan yang masih belum kalah dalam saingan EPL pada musim ini.