Adakah Benar Salah Tiru ‘Raja Penalti’ Bruno Fernandes Raikan Gol?

Mohamed Salah menekup kedua-dua belah telinganya dengan kanan selepas melengkapkan hatrik dan membantu Liverpool menewaskan Leeds United 4-3 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada tengah malam tadi.

Aksi meraikan gol itu pantas mendapat reaksi penyokong dan pengikut Liga Inggeris.

Ada yang berpendapat cara meraikan gol itu meniru cara pemain tengah dari Portugal, Bruno Fernandes meraikan gol setiap kali berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Manchester United.

Raja Penalti

Fernandes dianggap sebagi pakar penalti apabila berjaya menyempurnakan semua sepakan penalti yang diperolehi United sejak ketibaannya. 8 daripada 12 gol oleh Fernandes untuk United pada musim lalu adalah melalui sepakan penalti.

Fernandes mempunyai rekod luar biasa ketika mengambil sepakan penalti, merekodkan 100% sepakan penalti sempurna sejak 2018.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Fernandes hanya pernah terlepas dua penalti, satu ketika bersama Udinese menentang Napoli dan satu lagi dalam perlawanan Piala Portugal menentang Loures.

Penjaga gol terakhir yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti oleh Bruno Fernandes ialah Miguel Soares yang beraksi bersama Loures pada Oktober 2018.

Fernandes akan berlari dan menekup kedua-dua telinganya sambil menggelungsur di atas permukaan padang dalam keraian ikonik setiap kali menyempurnakan penalti untuk United.

Tiada kaitan dengan Bruno Fernandes

Walau apa pun tanggapan ramai, keraian gol oleh Salah dalam perlawanan menentang Leeds pada malam tadi sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Fernandes.

Malah aksi Salah meraikan jaringan itu sebenarnya adalah simbolik penghormatan kepada pemain tengah Al Ahly, Moamen Zakaria.

Zakaria kebiasaannya akan menekup kedua-dua telinga sambil menjelirkan lidah setiap kali berjaya menjaringkan gol.

Namun demikian, Zakaria tidak akan berpeluang untuk melakukannya lagi setelah beliau disahka menghidap penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) pada bulan lalu.

Penyakit tersebut akan menyerang sel saraf di bahagian otak, dan ini bermakna Zakaria tiada pilihan lain selain daripada bersara dan melupakan bola sepak untuk mendapatkan rawatan segera.

Moamen Zakaria

Moamen Zakaria kini berusia 32 tahun dan menyertai Al Ahlu di Liga Perdana Mesir dari Zamalek pada 2015. Kali terakhir beliau beraksi secara kompetitif ialah pada Disember 2018.

Zakaria juga adalah pemain antarabangsa Mesir dan beraksi bersama Salah di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Sepanjang kariernya, Zakaria pernah menjuarai Liga perdana Mesir sebanyak tiga kali, selain turut pernah merangkul Piala Mesir dengan jumlah yang sama.

Pemain-pemain Al Ahly turut memberikan penghormatan kepada Zakaria selepas pasukan itu membenam Ismaily SC 3-0 pada Jumaan lalu.

Zakaria turut mengembalikan penghargaan kepada bekas raka sepasukanya dengan satu ciapan di Twitter.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan dan pemain Al Ahly.

“Saya menikmati salah satu hari terbaik sepanjang kehidupan ini. Ia adalah salah satu hari termanis pernah saya rasai sepanjang tempoh dua tahun ini.

“Saya berterima kasih kepada semua penyokong. Doakan agar saya pulih segera seperti sedia kala.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.