Liverpool menang 3-1 ke atas pencabar kejuaraan liga. 3 gol Liverpool adalah menerusi Fabinho, Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Manakala gol saguhati Manchester City menerusi Bernardo Silva.
Namun terdapat pertikaian di kalangan peminat sama ada 2 gol pertama Liverpool itu sah atau tidak.
You can’t stop Liverpool winning the league when they have officials on their side in the VAR room as well. Salah offside goal not ruled out and a handball penalty not even looked at. pic.twitter.com/L2YXdI01Tn
— Hesham Bilal-Hafiz (@hesham786) November 10, 2019
VAR terus menjadi perbualan hangat. Ini selepas kes ketiak Firmino dan jari kaki Lundstram yang dikira ofsaid sebelum ini.
Liverpool's Roberto Firmino was flagged offside before putting the ball in the net against Aston Villa and the decision was confirmed by VAR
The red line signifies Firmino and was aligned to his armpit, which was marginally ahead of the last Villa defender#AVLLIV pic.twitter.com/a2OnNWnz2E
— Premier League (@premierleague) November 2, 2019
Yang pertama, gol Fabinho adalah dibina daripada gerakan yang melibatkan handball oleh Trent Alexander-Arnold.
Anda lihat balik insiden di sini:
https://twitter.com/i/status/1193579127594508290
Gol kedua pula melibatkan Mohamed Salah. Di mana Mo Salah didakwa berada pada kedudukan offside.
Pep Guardiola jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.
Guardiola mendakwa, 2 kali Liverpool handball dan tidak diberikan oleh pengadil.
Pep Guardiola is not happy 😡
📺 Watch live now on Sky Sports PL or follow here: https://t.co/tIbipDtyYB pic.twitter.com/QBF18Z29mv
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 10, 2019
Dan beliau sempat memperli pengadil dengan mengucapkan terima kasih selepas wisel penamat.
Which mate is as sarcastic as Pep Guardiola? 🥶 pic.twitter.com/euFqju6mdv
— Soccer AM (@SoccerAM) November 10, 2019
Untuk gol pertama, bola terlebih dahulu terkena pada tangan Bernardo Silva dan menuju kepada Trent Alexander-Arnold.
yes handball. bernardo silva. lol. pic.twitter.com/wRb6F41AEw
— دين (@hafizvdin) November 10, 2019
Trent Alexander Arnold tampil membela dirinya selepas tamat perlawanan dengan menyatakan beliau tidak sengaja untuk menyentuh bola dengan tangan. Sebaliknya bola itu datang daripada tangan Bernardo Silva.
"It's ricocheted off his [Bernardo Silva] arm first and it's just hit me. I haven't tried to handball it."
Alexander-Arnold is adamant it was the right call not to award #ManCity a penalty.#beINPL #LIVMCI 📺 HD11
Live Blog 👇https://t.co/ShNcaYFUqX pic.twitter.com/Kcu2pJWdkn
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) November 10, 2019
Apabila keadaan ini berlaku, ia bukan deliberate foul dilakukan Arnold. Daripada situasi ini membawa kepada build up untuk gol screamer oleh Fabinho, yang memberikan Liverpool pendahuluan pada minit keenam.
Untuk gol kedua Liverpool pula, VAR mengeluarkan gambar yang menunjukkan Mohamed Salah tidak ofsaid. Beliau berada di belakang garisan terakhir pertahanan sebelum menerima hantaran Andy Robertson.
Agak malang kerana insiden yang hampir sama menimpa Lundstram ketika aksi Sheffield vs Spurs, pemain itu diberikan ofsaid.
Seorang penyokong matang pasukan Chelsea bersetuju dengan keputusan pengadil. Dan beliau menegaskan Liverpool berhak mendapat 2 gol tersebut.
I am a Chelsea fan and I’ll be happy to set things straight. I dont like either teams but here are some facts…
• Bernardo Silva handball FIRST before TAA (should be free kick Liverpool)
• Salah onside…Goal LiverpoolHope this helps…Manchester City have no excuses. pic.twitter.com/KjqO4Nz3XZ
— Leo🤓 (@Leoulkebede) November 10, 2019
Bernardo Silva pula menyatakan beliau tidak pasti apa yang berlaku dan meminta pakar menganalisis situasi tersebut.
“Saya tak tengok lagi rakaman insiden itu. Kamu (wartawan) yang patut membuat analisis, bukannya saya.”
“Kalau saya cakap benda ni, saya akan dalam masalah. Dan saya tak tengok lagi insiden itu.”
🗣 Bernardo Silva on the handball incident:
“I have not seen it yet. You guys should analyse it not me. If I speak I will be in trouble. I don’t want to speak. I have not watched it.”#LIVMCI pic.twitter.com/T49EqUgzW0
— Man City Xtra (@City_Xtra) November 10, 2019
Namun setiap orang ada pandangan masing-masing, seperti brader yang bernama Nithin Peetmabaran di bawah ini.
Beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk mengukur kedudukan. Dan mendakwa ini lebih baik daripada VAR.
https://twitter.com/withinnithin/status/1193603746112012288
Liverpool terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. Dan berada 9 mata di atas Manchester City sebelum rehat antarabangsa.
Manchester City kini sudah tewas sebanyak 3 kali pada musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2019/20. Dan meghuni tangga ke – 4 di belakang Leicester City dan Chelsea yang masing-masing mencatatkan kemenangan semalam.
Manchester City turut memiliki banyak peluang gol yang gagal disudahkan dalam perlawanan ini termasuk menerusi Sergio Kun Aguero dan Angelino.