Acara lari 100 meter merupakan acara utama dalam mana-mana temasya sukan serantau dan olimpik. Pemenang akan dinobatkan sebagai manusia terpantas sama ada di sesebuah rantau, negara, benua, dunia dan sebagainya.
Trek acara 100 meter biasanya berada di hadapan tempat duduk utama ataupun grand stand dalam stadium.
Oleh sebab itu, acara 100 meter sentiasa acara istimewa di mana semua acara padang dan trek biasanya akan berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada acara utama ini.
Asal Usul
Menurut satu kajian sarjana di Universiti Alaska Fairbanks, acara 100 meter ini sudah pun wujud sejak zaman Yunani kuno. Namun dahulu jaraknya tidaklah tepat 100 meter. Dan biasanya ia lebih 90 meter.
Acara ini sudah dipertandingkan sejak 1896 lagi di Athens. Selepas itu, acara 100 meter ini menjadi acara wajib dalam semua temasya olimpik.
Banyak penambahbaikan dan revolusi dilakukan daripada semasa ke semasa dari segi trek, teknologi dan banyak lagi sehinggalah ia menjadi acara 100 meter yang kita saksikan pada hari ini.
Olimpik Moden
Acara wajib dipertandingkan ini dikusai oleh pelumba dari Amerika Syarikat dan Jamaica. Amerika Syarikat memenangi acara ini pertama kali pada 1908.
Jika dahulu pelumba ramai memulakan perlumbaan dengan kedudukan berdiri. Pada hari ini, dengan kajian dan sains sukan, atlet menggunakan teknik daripada blok permulaan dalam keadaan posisi badan seperti merangkak.
Dahulu trek dipisahkan dengan tali manakala hari ini trek dipisahkan dengan garisan pada trek.
Kuasa henjutan yang dilepaskan dengan kaki menolak blok permulaan akan membolehkan lebih kuasa pecutan untuk mencapai kelajuan maksimum dan momentum secepat mungkin.
Blok permulaan (starting block) ini mulai digunakan pertama kali pada temasya Olimpik 1948 di London.
Selepas itu semakin banyak teknik larian yang direvolusikan untuk memastikan pelari mendapatkan catatan terbaik.
Ada 3 fasa utama dalam larian 100 meter iaitu, permulaan, pertengahan larian dan penamat.
Rekod
Pada hari ini rekod dunia untuk acara lelaki masih dipegang Usain Bolt dengan catatang 9.58 saat pada Ogos 2009. Beliau memecahkan rekod beliau sendiri 9.69 saat.
Bagi acara wanita pula, rekod Florence Griffith Joyner masih unggul sejak 1988 lagi dengan catatan 10.49 saat.
Catatan masa secara elektronik untuk acara 100 meter ini mulai dilakukan pada 1968.
Pada hari ini, 10.00 saat adalah masa yang dianggap berkualiti untuk seorang pelumba 100 meter Olimpik lelaki dan 11.00 saat pula untuk wanita.
Semua rekod benua acara ini untuk kategori lelaki adalah di bawah 10 saat. Untuk rekod yang dicatatkan dalam kekuatan angin lebih 2 meter sesaat, ianya tidak akan dikira.
Acara ini telah menjadi cerita utama dalam sukan dunia, termasuk kegemilangan dan kontroversi seperti penggunaan dadah terlarang.
Yan pasti, acara 100 meter adalah acara yang terus menjadi perhatian dunia dan kita tertanya-tanya, apakah kelajuan maksimum manusia di bumi ini?