ABK19: Dollah Salleh, Sathianathan, Aidil Sharin Rebut Trofi Jurulatih Terbaik

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19) merupakan anugerah berprestij bola sepak Malaysia.

Dan kali ini, selain daripada Anugerah Pemain Paling Berharga, tumpuan turut diberikan kepada Anugerah Jurulatih Terbaik.

Kali ini terdapat 3 nama besar yang tercalon. Mereka adalah jurulatih Pahang, Dollah Salleh. Seterusnya, pengendali pasukan Kedah, Aidil Sharin. Calon ketiga adalah jurulatih Selangor, B. Sathianathan.

Dollah Salleh ternyata gembira dengan pencalonan kali ini. Kali terakhir beliau menang adalah pada 2013.

Dollah berkata: “Saya sudah banyak kali sentiasa tercalon. Cuma kali terakhir saya menang ialah 2013. Sudah agak lama juga, iaitu 6 tahun lamanya.”

Dollah mengakui peluang untuk beliau menang kali ini agak tipis.

“Namun peluang untuk menang agak tipis. Kerana saya berasakan Aidil Sharin orang lebih layak selepas membawa Kedah 2 kali ke final dan memenangi Piala FA.”

Pengendali pasukan Selangor, B. Sathianathan menganggap pencalonan kali ini sangat bererti.

Namun beliau merasakan Dollah Salleh atau Aidil Sharin lebih layak daripadanya untuk menggondol anugerah kali ini.

Sathianathan berkata: “Terima kasih kepada sesiapa yang mengundi saya dalam kalangan tiga terbaik, saya ucapkan terima kasih kerana kalau ramai masih ingat lagi permulaan Selangor agak perlahan sebelum kami berjaya menamatkan cabaran dengan baik pada penghujung saingan.”

blank

“Saya berada di sini kerana pemain-pemain yang sentiasa memberikan komitmen 100 peratus dan kerjasama diberikan oleh pihak pengurusan terutamanya Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.”

“Semasa awal musim dahulu, keadaan agak sedikit kecoh dan ramai meminta saya berundur namun RMS tetap yakin dengan kemampuan saya dan saya dapat lupakan semua masalah itu serta beri tumpuan untuk pembinaan pasukan Selangor, ” katanya..

“Saya seorang yang hidup dalam realiti dan bukan suka berangan-angan, saya memang tidak berapa yakin untuk menang kali ini kerana Aidil dan Dollah mempunyai peluang lebih tinggi.

“Aidil membawa Kedah juara Shopee Piala FA selain ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan kedudukan di tangga keempat Liga Super manakala Dollah membawa Pahang sebagai naib juara Liga Super selain ke separuh akhir bagi Shopee Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya lagi kepada laman rasmi MFL.

Sebagai rekod, Satiananthan buat masa ini menjadi individu paling banyak memenangi gelaran jurulatih terbaik iaitu tiga kali bermula dengan Kelantan pada 2010, diikuti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012 dan kali terakhir bersama Felda United FC, tahun 2017.

Pengendali pasukan Kedah dicanang sebagai calon pilihan untuk memenangi anugerah kali ini. Aidil Sharin merupakan jurulatih yang membantu Kedah mara ke dua final, serta memenangi Piala FA.

Ini merupakan musim pertama beliau di Kedah. Ia satu pencapaian yang sangat memberangsangkan untuk jurulatih dari seberang tambak itu.

Aidil menyatakan kesyukurannya berjaya menempatkan diri dalam finalis top 3.

Namun beliau enggan terlalu memikirkan soal kemenangan trofi pada kali ini, memandangkan pesaing beliau hebat-hebat belaka.

blank

Siapakah yang akan menang pada kali ini?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.