Hasrat Aaron Wan-Bissaka untuk melakukan debut senior bersama skuad England tertangguh pada kali ini.
Kecemerlangan Aaron Wan-Bissaka dalam penampilan awal musim ini bersama Manchester United membuatkan beliau dipanggil oleh Gareth Southgate.
Wan-Bissaka menjalani sesi latihan di St George Park, bagi persiapan menentang Bulgaria dan Kosovo, dalam aksi kelayakan Euro 2020.
Walaubagaimanapun, pemain bek kanan Manchester United itu terpaksa dihantar pulang kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang.
Wan-Bissaka akan meneruskan rawatan di Manchester United. Perkara itu turut disahkan oleh Manchester United.
🏴 @AWBissaka has withdrawn from the @England squad due to injury. #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) September 3, 2019
Kem England mengesahkan, mereka tiada keperluan memanggil pemain lain kerana sudah ada Trent Alexander-Arnold dan Kieran Trippier.
Pastinya Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan pemain itu akan pulih segera. Ini kerana Wan Bissaka adalah pemain yang cemerlang untuk pasukan beliau setakat ini.