8 Venue Neutral Dicadangkan Untuk Habiskan Baki Saingan EPL

Kelab Premier League dikatakan bersetuju dengan cadangan penggunaan venue neutral untuk melengkapkan baki saingan bermula bulan hadapan.

Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat melalui video dilakukan oleh wakil kelab membincangan ‘Project Restart’ pada Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan bersama, semua kelab dan Premier League bersepakat agar musim 2019/20 dilangsungkan sehingga habis.

Pertemuan tersebut turut memutuskan latihan akan bermula sebaik menerima lampu hijau dari pihak kerajaan.

Laporan di UK turut berkata pertemuan tersebut turut bersetuju mengenai penggunaan 8 sehingga 10 venue berkecuali untuk tujuan tersebut.

Venue-venue tersebut bagaimanapun akan ditetapkan pada dua minggi akan datang, dan pihak polis turut menyampaikan kerisauan mengenai penggunaan stadium di kawasan kepadatan penduduk yang sesak.

Ini bermakna dua stadium jelas akan dipinggirkan, iaitu Stamford Bridges dan juga Anfield.

Lapan stadium yang berkemungkinan akan digunakan pula adalah milik Brighton, Southampton, West Ham, Arsenal, Leicester, Aston Villa, Manchester United and Man City.

Wembley dan St George’s Park turut terbuka sebagai pilihan, tetapi tidak ada kelab dibenarkan beraksi menggunakan stadium sendiri untuk mengelakkan mendapat kelebihan.

 

Sumber kepada The Athletic berkata: “Premier League sememangnya mahu bermula kembali dan majoriti kelab jelas dengan perkara ini.

“Mereka akan berbincang sedalamnya mengenai pemilihan. Perbicangan tidak akan menjurus kepada perdebatan, tetapi lebih kepada informasi, diketuai oleh pegawai Premier League dan wakil kerajaan, untuk memastikan saingan boleh bermula kembali.

“Kelab akan sentiasa memberikan kisah mereka sendiri untuk tujuan agenda masing-masing. Tetapi dalam mesyuarat itu, bola sepak diyakini akan bermula semula.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.