8 Sebab Mengapa Robert Lewandowski Selayaknya Turut Digelar G.O.A.T

Robert Lewandowski akhirnya telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah (UEFA Men’s Player of the Year) bagi musim 2019/20 dalam satu majlis ringkas yang diadakan serentak dengan undia pertandingan UEFA Champions League pada malam tadi

Tiada kesangsian lagi kenapa Robert Lewandowski harus diberikan kemenangan tersebut. Ini kerana saban musim beliau tidak pernah gagal menjaringkan gol yang begitu banyak namun kerap kali namanya tercicir daripada senarai anugerah.

Musim 2019/20 menyaksikan Bayern Munich telah mempamerkan antara prestasi terhebat mereka dalam sejarah 120 tahun kewujudan mereka samada di peringkat domestik dan Eropah.
Berikut kami senaraikan 8 sebab mengapa Lewandowski selayaknya bergelar penerima anungerah tersebut menewaskan nama-nama besar yang lain.

1. Pemain yang konsisten

Konsistensi adalah kunci kepada kejayaan seorang pemain yang berjaya. Ronaldo dan Messi misalnya menjadikan konsistensi sebagai kayu pengukur kejayaan sebagai pemain profesional.

Lewandowski juga memiliki konsistensi itu. Kali terakhir beliau gagal menjaringkan lebih dari 20 gol dalam semua pertandingan, ialah pada musim 2010/11.

Tujuh dari sembilan musim yang dilalui selepas itu, Lewandowski menjaringkan 30 gol. Lima kali daripadanya beliau menjaringkan lebih 40 gol semusim.

2. Lebih dari seorang penjaring

Sebagai seorang penyerang, objektif utama ialah untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol. Tetapi Lewandowski lebih daripada seorang penjaring gol untuk pasukannya.

Pemain antarabangsa Poland ini juga mempunyai kemampuan mencipta jaringan dengan menghasilkan assist.

Data dari Transfermart merekodkan Lewandowski telah merekodkan 118 bantuan gol dari 587 perlawanan sepanjang kariernya.

Secara purata, Lewandowski telah menghasilkan 1 assist untuk setiap 5 perlawanan – satu data yang boleh dibanggakan untuk seorang pemain tengah.

3. Pakar sepakan penalti terbaik dunia

Anda tidak ada ruang untuk berdebat, apatah lagi menafikan Lewandoski sebagai pakar sepakan penalti terbaik dunia.

Sepanjang kariernya, pemain berusia 31 tahun ini telah mengambil 53 sepakan dan hanya gagal menyempurnakannya 5 kali.

Percaya atau tidak, belum ada pemain lain dari abad ke-21 yang mempunyai ratio sebegitu.

Dan teknik yang Lewandowski gunakan juga boleh dianggap sempurna.

4. Manusia luar biasa

Bukan sekadar menjaringkan gol dan menghasilkan assist, Lewandowski juga mampu menampilkan permainan luar biasa yang membuatkan anda kagum.

Lewandowski menjaringkan 4 gol dalam perlawanan menentang Real Madrid pada 2013 dan 5 gol menentang Wolfsburg pada 2015.

menentang Wolfsburg, Lewandowski mengegarkan jaring lawan lima kali dalam tempoh 9 minit. Ia pasti akan dikenang sampai bila-bila jika Lewandowski adalah Messi atau Ronaldo.

5. Top 4 penjaring terbanyak Champions League

Pada hari ini Lewandowski adalah penjaring ke-4 terbanyak sepanjang zaman UEFA Champions League, selepas memintas Barcelona.

Beliau telah menjaringkan 66 gol dari 87 penampilan untuk Borussia Dortmund dan Bayern Munich, dengan purata jaringan 1 gol untuk setiap 1.3 perlawanan.

Jika ratio yang dijadikan perbandingan hanya Mesi yang mempunyai rekod yang lebih baik iaitu 1 gol untuk setiap 1.23 perlawanan.

6. Jarang sekali cedera

Selain daripada latihan, sikap juga merupakan kunci utama kepada kejayaan. Di dalam bola sepak, anda tidak akan mampu mengekalkan kecergasan dan memiliki badan berotot yang mantap jika tidak mempunyai disiplin.

Pep Guardiola pernah memuji sikap Lewandowski mengenai perkara ini, dan bercerita bagaimana sikap profesional penyerang dari Poland itu.

“Beliau sentiasa di sana (berlatih dan bermain), tidak pernah cedera, kerana beliau memberikan fokus kepada perkara sebegini.

“Beliau sentiasa tahu apakah keutamaan dan apa perkara yang penting untuk berada di tahap terbaik.”

Rekod kecederaan Lewandoski juga luar biasa. Menurut Transfermarkt, Lewandowski hanya pernah terlepas 15 perlawanan sepanjang kariernya bersama Bayern Munich kerana kecederaan.

7. 61 gol untuk Poland

Menyerlah bersama pasukan kebangsaan adalah perkara yang penting dan amat bermakna bagi seorang pemain bola sepak.

Ia mungkin sukar untuk melihat Lewandowski menjulang trofi bersama Poland. Namun itu tidak bererti beliau tidak mengendahkan pasukan kebangsaan selama ini.

Dari 112 penampilan bersama skuad kebangsaan Poland, Lewandowski telah merekodkan 61 gol. Hanya 26 pemain lain yang mampu menjaringkan lebih banyak dari Lewandowski untuk negara masing-masing di seluruh dunia.

8. Pilihan juri

Dalam musim terhebat Bayern Munich ini tiada pemain yang memberi sumbangan yang lebih besar daripada apa yang dilakukan oleh Robert Lewandowski.

Pemain penyerang Poland ini telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dalam perjalan Bayern Munich ke final Champions League yang berlangsung di Lisbon.
blank
Bayern Munich telah muncul juara Champions League musim lalu dan melayakkan 5 pemain pasukan Jerman ini berada dalam kedudukan 10 teratas, Manuel Neuer, Thomas Muller, Thiago Alcantara, Joshua Kimmich dan sudah pasti Robert Lewandowski.
Nampaknya para juri sebulat suara telah memilih Lewandowski dan jika mata pemain dikedudukan kedua hingga 10 dicampur masih belum cukup untuk menumbangkan mata dipungut Lewandowski.

Penutup

8 perkara yang kami senaraikan di atas cukup untuk memastikan Lewandoski selayaknya membawa balik apa sahaja anugerah individu yang ada pada tahun ini.

Musim ini, tiada lagi yang boleh menafikan Lewandowski adalah lebih baik dari Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Neymar. mahu pun Virgil van Dijk dan Mohamed Salah kalau nak dibandingkan.

Berikut adalah pencapaian penuh Robert Lewandowski untuk musim 2019/20:

1. Juara UEFA Champions League

2. Juara Bundesliga

3. Juara German Cup

4. Penjaring terbanyak UEFA Champions League – 15 gol

5. Pemain tahunan squad UEFA Champions League

6. Penjaring terbanyak Bundesliga – 34 gol

7. Pemain terbaik Bundesliga

UEFA Champions League

Penampilan : 10
Gol : 15 gol
Assists : 6

Bundesliga

Penampilan s: 31
Goal: 34 gol
Assists: 4

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.