60% Undi Lampard Berbanding Scholes

Apabila muncul persoalan tentang siapakah pemain tengah teragung dalam sejarah EPL, pastinya nama Frank Lampard dan Paul Scholes antara nama yang terus keluar di dalam kepala peminat bola sepak.

Kedua dua pemain memiliki gaya permainan berbeza namun pada waktu kemuncak prestasi kedua duanya adalah pemain tengah antara yang terbaik di dunia.

Lampard memulakan kariernya bersama dengan West Ham pada 1995 dan terus menjadi pemain utama kelab pada usia muda. Lampard kemudian menyertai Chelsea dan menjadi bintang dunia.

Sejak menyertai Chelsea dari 2001, Lampard telah menikmati banyak kejayaan sepanjang 13 tahun kariernya di Stamford Bridge.

Scholes pula hanya ada satu pasukan. Beliau bermula sebagai pemain akademi dan menstabilkan namanya dalam persada bola sepak dunia bersama Man United selama 20 tahun.

Seperti Lampard, Paul Scholes juga menempa banyak kejayaan gemilang bersama dengan United.

Satu undian telah dibuat melibatkan 118 orang pengundi. Undian tersebut mahu melihat, sama ada peminat bola sepak lagi suka siapa berada dalam pasukan mereka.

Lampard atau Scholes?

Ternyata Frank Lampard sukar ditandingi dengan memenangi 60% undian tersebut meninggalkan Scholes dengan hanya 40% undian sahaja.

Lampard pemain yang lebih prolifik berbanding Scholes di hadapan gol. Beliau penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Chelsea dengan 274 daripada 945 kali dalam kariernya di kelab.

Beliau masih menjadi pemain tengah dengan rekod gol semusim tertinggi dengan 22 gol dicatatkannya pada musim 2009/10.

Jumlah gol yang beliau jaringkan dari posisi tengah adalah luar biasa. Lampard juga pemain yang memiliki daya tahan yang sangat kuat di dalam padang. Beliau antara pemain yang paling cergas di dalam generasinya, bermain dalam banyak perlawanan setiap musim.

Paul Scholes adalah pemain tengah yang berbeza berbanding dengan bekas rakan sepasukannya di dalam pasukan England itu.

Beliau berasal dari peranan attacking midfielder namun telah ditukar ke peranan lebih ke bawah. Scholes tidak memiliki jumlah gol sebanyak Lampard. Namun beliau masih menghadirkan banyak ancaman menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.

Scholes seorang pemain yang dominan di tengah. Beliau juga menjadi pemain penting era Sir Alex Ferguson. Sehingga pernah dipanggil keluar dari persaraannya.

Disiplin beliau kepada pasukan menjadikannya pemain yang sukar dicari ganti oleh Man United sehingga ke hari ini.

Anda bagaimana? Siapa yang akan  anda pilih di antara dua pemain ini? Lampard ataupun Scholes?

Sumber: GMS

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.