Cristiano Ronaldo sudah sekian lama menjadikan pentas bola sepak eropah untuk menyerlahkan bakat luar biasa beliau.
Pada malam tadi pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu meraikan kejayaan menjaringkan gol ke-100, dan juga yang ke-101 dalam perlawanan menentang Sweden pada awal pagi tadi.
Ia hanya merupakan gol keempat pemain itu di pertandingan Nations League.
Namun sejak 17 tahun yang lalu, penyerang dari Portugal ini telah menghasilkan angka-angka jaringan luar biasa yang hanya dimenangi oleh Ali Daei dari Irag di pentas antarabangsa.
Untuk meraikan pencapaian ini, Opta telah menngeluarkan 6 statistik di sebalik 100 gol antarabangsa oleh Ronaldo.
100 INTERNATIONAL GOALS FOR @CRISTIANO 🇵🇹💯 pic.twitter.com/8m8wUpoHlI
— B/R Football (@brfootball) September 8, 2020
6 mangsa kegemaran Ronaldo
Ronaldo telah menjaringkan lebih dari satu gol menentang pasukan yang berada di 20 kedudukan teratas ranking FIFA.
Pasukan-pasukan yang kerap menjadi mangsa Ronaldo ialah Belanda, Belgim, Denmark, Sepanyol, Switzerland, dan terkini Sweden. Keseluruhannya 6 pasukan.
Lithuania paling menguntungkan
Bekas penyerang Manchester United ini juga ibarat berpesta gol ketika menentang Lithuania pada pusingan kelayakan.
Sehingga kini, Ronaldo sudah menyumbat 7 gol dari dua perlawanan menentang skuad Valdas Urbona, menjadikan pasukan tersebut yang paling kerap dibocori oleh kapten Portugal itu.
5 – Only against Lithuania (7) has Cristiano Ronaldo scored more goals for Portugal than against Sweden (5). Prey. #SWEPOR #NationsLeague pic.twitter.com/umVDNm1Wfy
— OptaJoao (@OptaJoao) September 8, 2020
9 gol di Euro
Portugal kali pertama menamakan Ronaldo di Kejohanan Euro 2004 untuk kejohanan utama sulungnya. Masih lagi remaja dan baru menyertai Manchester United pada ketika itu, Ronaldo menyumbat dua gol.
Sejak dari itu Euro menjadi pentas Ronaldo. Selain memenangi kejohanan tersebut pada 2016, Ronaldo turut menjaringkan 9 gol keseluruhan – dua gol lagi banyak daripada yang dihasilkannya di Piala Dunia.
Musim 2016/17
Musim 2016/17 adalah musim paling prolifik Cristiano Ronaldo bersama Portugal di pentas antarabangsa. Pada musim itu, Ronaldo menjaringkan 14 gol untuk negaranya.
Ia bukan kebetulan kerana pada musim yang sama Ronaldo juga turut menyerlah bersama Real Madrid apabila merangkul kejuaraan LaLiga pada musim yang sama.
Cristiano Ronaldo has scored in:
✅ Euro 2004
✅ World Cup 2006
✅ Euro 2008
✅ World Cup 2010
✅ Euro 2012
✅ World Cup 2014
✅ Euro 2016
✅ Confederations Cup 2017
✅ World Cup 2018
✅ Nations League 2019BIG. GAME. PLAYER. #NationsLeague pic.twitter.com/OKK74Y77qS
— Football Tweet (@Football__Tweet) June 5, 2019
All-rounder
Ronaldo memulakan kariernya sebagai pemain sayap. Namun demikian bakatnya mulai berkembang menjadi seorang penyerang yang lengkap.
25 daripada jaringan Ronaldo dihasilkan melalui tandukan, 22 adalah dari kaki kiri, dan selebihnya menggunakan kaki kanan.
Paling cergas
Tidak keterlaluan jika kita mahu melabel Cristiano Ronaldo sebagai antara pemain paling cergas (the fittest) di dalam bola sepak.
Ketika pemain lain mulai keletihan pada 15 minit terakhir perlawanan, ketika itulah Ronaldo menghukum pemain lawan. Sehingga ke hari ini, pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan 28 gol antarabangsa pada suku terakhir perlawanan.