Valentino Rossi rasminya menandatangani kontrak dengan Petronas Yamaha SRT untuk tahun 2021.
Sebelum ini Rossi hanya dikaitkan dengan pasukan satelit Yamaha itu.
Malah beliau sudah mengumumkan dua kali akan ke SRT, cuma kontrak rasmi belum dimuktamadkan kerana beberapa isu dalam kontrak.
🚨 BREAKING 🚨
Valentino Rossi WILL continue to compete in @MotoGP after signing with the PETRONAS Yamaha team 🙌 pic.twitter.com/qxsegcnko9
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) September 26, 2020
Juara Dunia sembilan kali ini akan terus mengaum di MotoGP bersama pasukan dari Malaysia dan akan menunggang bersama Franco Morbidelli pada tahun depan.
Valentino Rossi tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau dianggap oleh ramai pihak sebagai GOAT / Yang Terhebat Sepanjang Masa melalui kariernya yang berjaya memecahkan rekod di kelas utama sukan sejak tahun 2000.
Berikut adalah 6 sebab mengapa berlumba bersama sebuah pasukan satelit hanya akan memberikan lebih banyak kebaikkan kepada Rossi.
1. Sokongan teknikal terbaik
Walaupun akan menyertai pasukan Setelit, Rossi tetap menerima jaminan daripada YAMAHA yang berkomitmen memberikan sokogan teknikal terbaik kepadanya jika tetap berlumba pada musim 2021.
Sokongan dari segi teknikal yang dimaksudkan YAMAHA adalah untuk Rossi menunggang jentera YZR-M1 yang memiliki spesifikasi kejuruteraan permotoran terkini.
The 2012 YZR-M1 (2020 pictured) made me love the big bangs. Initially i was a Gixxer Fanboy. Thought the only thing Yamaha could make were Pianos. And look where we're now. pic.twitter.com/IUebI85NxM
— Brembo (@allenochi) July 29, 2020
Ia adalah jentera M1 yang sama yang akan ditunggang oleh Maverick Vinales dan Fabio Quartararo.
2. Terlibat dalam pembinaan jentera
Bakal menggunakan jentera M1, bermakna Rossi turut akan terlibat secara langsung dalam pembinaan jentera tersebut. Pendapat dan input daripada Rossi akan diambil maklum oleh jurutera Yamaha.
Rossi sememangnya merupakan pelumba yang sentiasa dipandang tinggi oleh Yamaha.
We're bringing two of Valentino Rossi's title winning machines to the @insidebikes #MCNshow! See his 2003 Honda RCV211V and 2004 Yamaha M1 alongside a host of iconic GP machines.
Get your tickets today and save £££ https://t.co/PKo25LTQ9y pic.twitter.com/NKNbJB71MJ
— Motor Cycle News (@MCNnews) January 29, 2019
Malah DNA jentera baharu ini dikatakan hampir sama dengan jentera yang pernah digunakan Rossi pada 2004.
Vinales turut sentiasa mahu agar Rossi turut terlibat dalam memperbaiki jentera model M.
3. Gaji tetap daripada YAMAHA
Bukan sahaja Rossi akan mendapar jentera terbaru M1 dan sokongan jurutera terbaik daripada Yamaha.
Malah kontrak dan gaji Rossi turut akan dibayar oleh Yamaha walaupun bakal berlumba dengan Petronas Yamaha SRT.
#35 Cal Crutchlow
LCR Honda CASTROL #motogp_jp pic.twitter.com/GOA2YJ19Ru— Bravo Mori (@skylinezero17) May 19, 2020
Kontrak sebegini bukanlah perkara yang asing di dalam arena MotoGP. Salah satu contoh paling nyata adalah kontrak Cal Crutchlow.
Sejak 2015 lagi pelumba itu diikat kontrak oleh Honda Racing Corporation (HRC), walaupun berlumba dengan LCR Honda.
4. Kurang tekanan
Berlumba bersama pasukan satelit bermaksud tekanan juga akan berkurangan bakal dipikul oleh Rossi pada saingan MotoGP musim akan datang.
Sasaran pasukan satelit biasanya tidak setinggi yang diletakkan oleh pasukan utama. Rossi boleh berlumba dengan lebih tenang di bawah bayang-bayang Vinales dan Quartararo. Keadaan ini membenarkan Rossi menampilkan kejutan dalam balapan.
Back on the podium in Jerez P3 after a hot race 🔥
Thanks to all my team pic.twitter.com/V0GiAoakeM— Valentino Rossi (@ValeYellow46) July 28, 2020
Fakta itu diakui oleh Quartararo sendiri. Beliau yakin Rossi akan berada di dalam sebuah pasukan yang lebih harmonis dan berasaskan kekeluargaan di Petronas Yamaha SRT.
Situasi ini akan membenarkan juara dunia sembilan kali ini lebih santai bekerja dan tak tertekan.
5. Gandingan dengan murid dan sahabat sendiri
Walaupun belum diberikan kontrak rasmi, Razali yakin Franco Morbidelli akan kekal bersama SRT pada musim hadapan.
Ini bermakna Rossi berpotensi untuk berganding dengan anak murid dan sahabatnya sendiri pada musim hadapan.
Valentino Rossi and Franco Morbidelli were training at Mugello on Yamaha R1’s today 📸 @Camilss #MotoGP https://t.co/2im8AE0cvk pic.twitter.com/wF6xC3TjTn
— everythingmotoracing (@everythingmrace) June 30, 2020
Morbidelli sudah mengenal Rossi sejak berusia 13 tahun dan pernah menjalani latihan intensif di bawah Rossi di Tavullia, Itali sejak 2010.
Hubungan kedua-duanya ibarat adik dan abang, dan hubungan baik kedua-duanya hanya akan menguntungkan kedua-dua pelumba dan SRT.
6. Peluang Rossi pelajari operasi pasukan satelit
Bukan sekali Rossi pernah membantah membuat projek Sky Racing VR46 diperluaskan ke MotoGP dalam waktu terdekat setelah kejayaan di Moto2 dan Moto3.
Namun Rossi mengakui kemungkinan itu bukannya sama sekali dbuang dari pemikirannya.
🤟 Rock’n’roll guys. SIMPLY THE BEZ!!! 🌶❤#AndaluciaGP | #SkyVR46 | #Moto2 | @Marco_12B pic.twitter.com/xBVIVYNV6q
— Sky Racing Team VR46 (@SkyRacingTeam) July 27, 2020
Menyertai Petronas Yamaha SRT dilihat sebagai peluang Rossi menimba ilmu senuah pasukan satelit di MotoGP. Sudah tentu ia adalah pertandingan yang lebih mencabar berbanding di Moto2 dan Moto3.
Sudah tentu ilmu bersama Yamaha SRT akan menjadi ilmu berguna untuk Rossi apabila beliau bersara kelak.