6 Sebab Mengapa Nama & Logo Darulaman FC Akan Jadi Bahan Jenaka Dan Perlu Dirombak

Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA) akhirnya berjaya melengkapkan proses penswastaan pasukan Liga Malaysia kepada kelab bola sepak sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sehubungan dengan itu, Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Menteri Besar Kedah mengumumkan nama baharu pasukan Kedah sebagai Darul Aman FC, sebelum memaparkan sekali imbas gambar logo berkenaan pada satu sidang media hari ini.

Pengumuman oleh Sanusi itu kemudiannya menarik pelbagai reaksi daripada pengikut bola sepak tanah air khususnya dari kalangan penyokong Kedah – yang jelas tidak gemar dengan apa yang mereka lihat.

Berikut adalah enam perkara yang digariskan oleh seorang penyokong Kedah mengapa nama dan logo Darul Aman FC itu dianggap tidak sesuai.

1. Nama pasukan

Agak pelik bagaimana Muhammad Sanusi dan pengurusan tertinggi KFA sanggup melenyapkan terus nama Kedah sebagai nama pasukan yang didaftarkan hanya kerana tidak mahu disamakan dengan ‘ayam goreng’ KFC.

Walau apa pun nama yang diberikan, Sanusi dan KFA tidak boleh memadam hakikat pasukan ini adalah pasukan yang mewakili negeri Kedah. Dalam sidang media semalam Sanusi sendiri berkata: “Secara formaliti penswastaan ini hanyalah atas kertas sahaja, sementara sokongan rakyat Kedah pada bola sepak pula, Kedah itu masih guna gelaran Hijau Kuning dan lagu yang sama, cuma kita kena letak nama baharu sahaja,” ujar beliau dalam sidang media semalam.

Jika benar mahukan sokongan rakyat Kedah, apalah salahnya guna nama Kedah? Tidak susah pun untuk elak nama KFC yang disamakan dengan ayam goreng sebenarnya. Kedah Darulaman FC misalnya atau singkatan KDFC mungkin lebih elok bunyinya, atau namakan saja Kelab Bola sepak Kedah (KB Kedah) – sekaligus menjadi pasukan pertama memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu.

2. FC lagi besar dari nama team

Jika diperhatikan logo yang dikongsi seimbas lalu oleh Sanusi melalui sidang media semalam, nyata ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Ini kerana huruf FC adalah lebih besar dari nama kelab itu sendiri iaitu Darulaman. Kami tidak pasti sama ada logo ini dibuat secara profesional atau tangkap muat.

Kami juga yakin ramai dari kalangan penyokong Kedah sendiri yang lebih mahir dalam penghasilan logo. Ejaan FC yang lebih besar seolah-olah mahu memberikan ‘hihglight’ kepada kejayaan KFA menswastakan pasukan.

Sepatutnya yang sepatutnya diberikan ‘highlight’ adalah nama kelab itu sendiri. Analoginya begini. Encik Ali membuka sebuah perniagaan dinamakan Kenari Sdn Bhd. Sudahnya di papan tanda kedai, tulisan Sdn, Bhd lebih besar dari nama Kenari.

Dari segi logik, perkara ini sudah gagal.

3. Garis putus-putus bajet style

Satu lagi komen yang kami dapati dari penyokong ialah garisan putus-putus berwarna hijau mengelilingi tulisan FC di atas perisai berwarna merah.

Kami faham mengenai penggunaan warna hijau sebagai identiti negeri Kedah. Baiklah, kami enggan mengulas lanjut, tetapi apakah makna garis putus-putus ini sebenarnya? Adakah ia lampu lip-lap? Atau adakah ia sekadar garis putus-putus bajet style?

Jika benar logo ini sudh dipilih secara rasmi untuk Darulaman FC pada musim hadapan, maka kami tidak sabar untuk mendengar penjelasan dan makna di sebaluk garis hijau putus-putus ini.

4. Sayap atau padi kecik piut

Selepas garis hiuaj putus-putus, turut membuatkan ramai hairan ialah kehadiran dua sayap – atau adakah ianya padi? Padi sememangnya amat sinonim untuk negeri Kedah sebagai produk tani utama dari negeri tersebut.

Maka tidak hairanlah mengapa padi turut disertakan di dalam logo. Tidak ada perkara yang salah mengenai perkara itu. Cuma mengapa hanya dua tangkai saja cek oi.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1284747198524715&set=a.144346542564792&type=3

Siapa pun pereka logo ini, tolonglah jangan buat malu orang Kedah. Padi dua tangkai hang nak makan apa. Kreatif sikitlah agar padi itu dilihat sebagai simbol keberhasilan dan kecemerlangan bola sepak Kedah.

5. 5 bintang yang pening

Ini pula kisah 5 bintang yang pening seperti kepala baru sahaja terhantuk. Sebenarnya lima bintang ini melambangkan apa? Dalam bola sepak bintang kebiasaanya melambangkan kejuaraan utama.

Oleh kerana itu, kami percaya lima bintang di dalam logo negeri Kedah ini sebenarnya melambangkan  kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi oleh negeri itu pada tahun 1990,1993, 2007, 2008 dan kali terakhir pada 2016.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4549664355106099&set=a.593404544065453&type=3

Piala Malaysia adalah piala yang berprestij kerana sejarahnya. Namun pengurusan KFA juga harus mengambil kira keutamaan di era bola sepak moden ini keutamaan pertandingan yang pertama adalah liga, kemudian Piala FA, diikuti oleh Piala Malaysia.

Maka pada pendapat kami adalah lebih baik Kedah meletakkan bintang berdasarkan jumlah kejuaraan liga yang pernah mereka menangi berbanding kejauraan Piala Malaysia. Ia kelihatan lebih afdal. Dan sebolehnya susunlah secara lurus melintang dan bukan pening-pening.

6. Background hitam melambangkan kegelapan?

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba warna hitam dijadikan pilihan sebagai warna latar logo yang didedahkan semalam.

Jika ini adalah pasukan Terengganu datau Pahang, maka kita masih boleh faham kerana bendera kedua-dua negeri tersebut memiliki unsur warna hitam yang kuat. Itu pun digabungkan dengan warna putih yang turut menjadi elemen utama warna bendera kedua-dua negeri.

Logo Darulaman FC ini pula memiliki warna hijau, merah, kuning keemasan, putih (pada bola), dan background hitam. Macam dah bercampur aduk serupa nasi kandar bercampur kuah.

Nasi kandar sememangnya sedap bila dimakan dengan kuah campur. Tetapi pada logo, seeloknya gabungan dua warna atau maksima tiga sudah memadai. Jika mahu mengekalkan identiti hijau kuning misalnya, utamakan sahaja kedua warna tersebut sebagai warna utama.

Penutup

Buat penyokong Kedah, bukanlah niat kami mahu memperlekehkan nama Darulaman FC dan logo yang dipilih oleh presiden anda.

Cumanya, kami rasa tidak patutlah begini, dan Kedah ada pilihan yang lebih baik. Sekian pandangan ikhlas dari kami.

 

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.