5 Statistik Luar Biasa Bruno Fernandes Yang Jauh Lebi Baik Dari Messi

Bruno Fernandes meluahkan kekecewaannya beliau dan rakan sepasukan yang lain kerana gagal membawa pulang tiga mata dalam perlawanan menentang Leicester City pada malam tadi.

Kita semua tahu betapa Bruno telah menampilkan prestasi terbaiknya sejak tiba di Old Trafford pada Januari lalu.

Musim ini tiada bezanya. Berikut adalah beberapa statistik yang membuktikan Bruno Fernandes bukan sahaja pembelian terbaik Man United, tetapi mungkin juga merupakan pemain tengah terbaik yang ada di Premier League pada musim ini.

10 gol 6 assist musim ini

Bruno Fernandes berada di kedudukan kelima dengan 10 gol dalam senarai penjaring Premier League setakat ini, dan merupakan satu-satunya pemain tengah yang berada di dalam senarai lima permain teratas ini.

Menurut Squawka, Fernandes telah menghasilkan 1.56 percubaan tepat untuk setiap 90 minit perlawanan, menjadikan beliau sebagai pemain tengah paling berbisa di Premier League setakat ini.

Sebagai rekod Messi hanya menjaringkan 7 gol dan 3 assist untuk Barcelona di La Liga setakat ini.

Terlibat dalam 31 gol dari 28 perlawanan

Dalam satu temuramah bersama MUTV baru-baru ini, Fernandes pernah berkata mahu menamatkan saingan musim ini dengan jumlah jaringan dan assist yang lebih tinggi dari jumlah penampilan.

Hasrat itu berada di landasan tepat buat masa sekarang.

10 gol dan 6 assist pada musim ini, secara keseluruhan, Fernandes telah terlibat di dalam 31 daripada 60 gol yang dijaringkan oleh United sejak beliau menyertai kelab ini.

Ini bermakna Bruno Fernandes telah menjaringkan 18 gol dan menghasilkan 13 assist dari 28 perlawanan keseluruhan untuk Man United sejak tiba di Old Trafford – satu rekod luar biasa untuk seorang pemain baharu.

Lebih daripada itu, prestasi Bruno Fernandes setakat ini menggambarkan konsistensi yang amat diperlukan oleh United.

Samai rekod Ronaldo

Cristiano Ronaldo sentiasa dianggap sebagai legenda yang dilahirkan di Old Trafford oleh penyokong setia Man United.

Kali ini Bruno Fernandes turut menyamai rekod rakan senegaranya itu, untuk menjadi pemain dari Portugal pertama untuk menjaringkan 10 gol semusim, yang dilakukan oleh Ronaldo pada musim 2008/09.

Dianggap sebagai pakar penalti, 10 gol dijaringkan oleh Fernandes setakat ini adalah yang tertinggi dari seorang pemain tengah di serata eropah setakat ini.

Namun demikian saingan pada musim ini belum lagi mencapai separuh musim. Ia pasti sesuatu yang mengujakan untuk melihat bagaimana Bruno Fernandes dan Manchester United mengakhiri saingan pada musim ini.

Minit aksi tertinggi di Eropah

Menurut CIES, Bruno Fernandes adalah pemain keempat dengan minit perlawanan tertinggi di kalangan lima liga utama di eropah.

Beliau juga adalah pemain Manchester United kedua dengan minit terbanyak iaitu 4,164 minit aksi. Hanya Harry Maguire yang mempunyai minit aksi lebih banyak dari Bruno Fernandes di kalangan skuad Man United.

Statistik tersebut memberi makna betapa Ole Gunnar Solksjaer amat menyandarkan harapan kepada pemain ini.

Lionel Messi menjadi satu-satunya pemain di bahagian tengah/serangan yang merekodkan minit aksi lebih tinggi dari Bruno Fernandes sepanjang musim 2020.

Fernandes mungkin memiliki minit perlawanan lebih rendah berbanding Messi, tetapi beliau merekodkan statistik jauh lebih cemerlang berbanding maestro dari Argentina itu di bahagian lain.

Bruno pastikan fluidity

Dengan adanya Bruno Fernades, setiap gerakan ke hadapan oleh Manchester United kini menjadi semakin bermakna dan bertujuan.

Ini juga bermakna setiap serangan kini adalah ancaman yang perlu diperhatikan dengan baik oleh pihak lawan.

β€œBeliau adalah pemain yang akan memberikan impak kepada keputusan perlawanan. Beliau mencipta peluang dan menjaringkan gol,” kata Ole Gunnar Solksjaer.

Berdasarkan statistik oleh Squawka, apa yang dikatakan oleh Solksjaer ini sememangnya benar.

44 peluang telah dicipta oleh Bruno Fernandes di liga pada musim ini, pemain perancang kreatif ini turut menghasilkan 116 hantaran di dalam kotak penalti – paling tinggi di Premier League.

Penutup

Adakah Bruno Fernandes merupakan pemain tengah terbaik pada hari ini? Sebenarnya sukar untuk menafikan.

Bagaimanapun akhirnya kejayaan Bruno Fernandes akan dinilai dengan kejayaan beliau untuk meraih trofi kejuaraan bersama United.

Buat masa ini, segalanya positif buat Bruno Fernandes!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.