5 Sebab Utama Chelsea Terdesak Mahukan Thiago Silva

Chelsea dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pemain pertahanan dari Brazil, Thiago Silva.

Kelab London tersebut setakat ini adalah yang paling aktif di jendela perpindahan pemain apabila sudah mengesahkan ketibaan Timo Werner dan Hakim Ziyech.

Selain daripada itu, Chelsea turut dikhabarkans sedang giat untuk melengkapkan perpindahan Kai Havertz dan Ben Chilwell.

Ketibaan pemain-pemain seperti Timo Werner, Hakim Ziyech, Kai Havertz dan Ben Chilwell bukanlah perkara menghairankan.

Pemain-pemain ini memiliki profil yang dikehendaki oleh Lampard dari segi usia dalam usaha membina sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan di dalam tempoh semusim atau dua akan datang.

Tetapi bagaimana dengan Thiago Silva, pemain yang dianggap si kuda tua yang meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas tamat saingan pada musim ini?

Tiada kos & risiko

Sekiranya Chelsea turut berjaya mendapatkan Kai Havertz dan Ben Chilwell seperti dilaporkan media, ini bermakna kelab London itu telah membelanjakan lebih 200 juta pound sterling untuk pemain pada musim ini.

Thiago Silva pula adalah seorang ejen bebas. Ini bermakna Chelsea tidak perlu membayar apa-apa untuk khidmat Thiago Silva, dan membawa masuk pemain seperti beliau dianggap sebagai tidak berisiko.

Ini bermakna Chelsea hanya perlu meyakinkan Thiago Silva untuk ke Stamford Bridge dan mencapai kata sepakat berkenaan terma dengan pemain itu.

Dilaporkan hanya akan menawarkan kontrak setahun, Chelsea boleh sahaja melepaskan pemain itu pada musim akan datang sekiranya perancangan tersebut tidak menjadi.

Kerapuhan benteng Chelsea

Musim 2019/20 memperlihatkan kelemahan paling utama pasukan Chelsea ialah di bahagian pertahanan.

Kelab London itu dibolosi 54 gol sebelum menamatkan saingan di tempat ke-4 di Premier League – kedudukan cukup makan untuk layak ke Champions League pada musim hadapan.

Jumlah bolos tersebut adalah yang paling banyak di kalangan 10 pasukan teratas pada musim lalu.

Sebagai perbandingan Liverpool hanya dibolosi 33 gol, Manchester City dibolosi 35 gol, dan Manchester United pula dibolosi 36 gol.

Berdasarkan faktor ini, Chelsea jelas mempunyai masalah kualiti yang perlu diperbaiki di bahagian pertahanan.

Corak permainan Lampard

Frank Lampard boleh dikatakan berjaya menerapkan corak permainan menarik di dalam skuad mudanya pada musim ini.

Bagaimanapun anda harus ingat bahawa ini hanya musim pertama Lampard sebagai pengurus.

Sudah tentu beliau memerlukan pemain-pemain pilihan beliau sendiri demi memastikan falsafah permainan mampu dilaksanakan dengan jayanya.

Di dalam sistem permainan Lampard, Chelsea gemar untuk bermain secara highline untuk bertahan. Pada musim lalu, David Luiz dan Antonio Rudiger sering terperangkap di dalam sistem ini.

Thiago pula adalah pemain yang mempunyai kemahiran teknikal untuk bermain secara langsung secara highline sepertimana yang beliau lakukan bersama PSG dan Brazil.

Anda boleh saksikan kompilasi aksi di atas untuk melakukan penilaian sendiri.

Chelsea perlukan pemimpin

Berdasarkan statistik pada musim lalu, Chelsea dibarisi oleh pemain dengan purata umur 25.8. Kerana itu, Chelsea kendalian Frank Lampard dianggap sebagai skuad muda.

Dari kalangan 20 pasukan yang bertanding di Premier League, Chelsea adalah pasukan kedua paling muda. Hanya Manchester United dengan purata usia pemain 25.2 menurunkan pasukan yang lebih muda dari Chelsea.

Sebagai perbandingan juara Premier League, Liverpool mempunyai purata usia 27.2, dan Manchester City pula memiliki purata usia 27.7 yang dianggap ideal.

Menyedari hakikat itu, Lampard memerlukan seorang pemain yang mampu memimpin barisan pemain mudanya.

Pernah beraksi bersama AC Milan sebelum berhijrah menyertai PSG pada 2012, serta merekodkan 87 penampilan bersama Brazil, Thiago Silva masih dianggap sebagai salah seorang centre-back terbaik di Eropah.

Sudah tentu Lampard melihat perkara ini sebagai nilai tambah yang amat berguna untuk barisan skuad mudanya.

Kualiti

Di atas semua sebab di atas, Thiago Silva harus diakui sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia.

Menyertai AC Milan dari Fluminense pada 2009, Silva belajar dan meraih pengalaman bergandingan dengan antara pemain pertahanan terbaik dunia, Alesandro Nesta.

Sebab utama beliau meninggalkan PSG adalah kerana kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat mengenai hal gaji untuk sambungan kontrak.

Apatah lagi PSG turut mempunyai pilihan pemain seperti Marquinhos dan Kimpembe di posisi yang sama.

Rumusan

Boleh dikatakan Chelsea tidak memiliki back 4 yang benar benar solid pada musim ini.

Mereka masih mencari gandingan bek berempat yang benar benar mantap. Azplicueta mungkin sudah ada pengganti iaitu Reece James.

Ketibaan Chilwell dan Silva serta keberadaan David Luiz, Antonio Rudiger, Andres Christensen, Lampard boleh dikatatkan memiliki squad depth yang baik di bahagian pertahanan.

 

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.