5 Sebab Mengapa Chelsea Boleh Lanyak Liverpool & Jadi Juara EPL 2020/21

Liverpool mendominasi sepenuhnya saingan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu. Buktinya skuad kendalian Jurgen Klopp menamatkan saingan dengan kelebihan 18 mata di hadapan Manchester City di kedudukan kedua.

Namun adakah Liverpool akan melalui cabaran pada musim ini dengan mudah? Adakah City kembali sebagai pencabar? Atau adakah kelab lain akan bangkit bersama mencabar kejuaraaan The Reds?

Berikut adalah 5 sebab utama mengapa Chelsea mampu mengejutkan Liverpool pada musim ini.

1. Kuasa kewangan

Kuasa kewangan adalah formula yang digunakan oleh Chelsea untuk bergelar juara sejak Roman Abramovich menjadi pemilik kelab London itu pada 2004.

Sembilan pemain dibawa oleh Jose Mourinho pada musim pertama di Stamford Bridge, dan Chelsea tidak perlu menunggu lama untuk meraih kejuaraan pada 2005 (musim 2004/05).

Frank Lampard adalah salah seorang anggota skuad Chelsea dan merupakan saksi keberkesanan formula tersebut di The Blues.

Menggunakan kapita kewangan yang tidak digunakan selepas tidak dibenarkan berbelanja untuk beberapa musim sebelumnya, Chelsea di bawah Lampard seolah-olah mengulangi apa yang pernah beliau saksikan pada era permulaan kegemilangan The Blues dalam bola sepak Ingeris.

Perlu diingat, Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp turut berbelanja besar selama beberapa tahun untuk meraih kejuaraan sejak dua musim lalu, namun berbelanja secara minima pada musim ini.

Pelik juga Klopp kata Liverpool kata tak boleh bersikap seperti Chelsea, walaupun dulu beliau turut melakukan perkara sama.

Jelas sekali Lampard berpendapat kuasa kewangan akan memudahkannya di Chelsea pada musim ini, manakala Klopp cuba menafikannya.

2. Turut melakukan analisis buru pemain

Selain daripada berbelanja besar dengan membawa pemain seperti Virgil ban Dijk dan Alisson Becker (kedua-duanya rekod dunia pada ketika itu), Liverpool juga membawa masuk pemain yang tepat berdasarkan standard yang mereka mahukan.

Ini bermakna kuasa kewangan semata-mata tanpa rasa tanggungjawab untuk berbelanja secara berbaloi adalah kesia-sian.

Seperti Liverpool, Chelsea dan Lampard juga mahu memastikan pemain yang dibawa masuk adalah pemain yang mempunyai kaliber dikehendaki untuk menambah baik pasukan.

Dengan ketibaan pemain seperti Timo Werner (dirampas dari Liverpool), Hakim Ziyech, Kai Havertz, Thiago Silva dan Ben Chillwell, bolehlah kita simpulkan Lampard mensasarkan pemain yang tepat berdasarkan keperluan di posisi di atas padang.

Seperti Liverpool, Lampard dan Chelsea juga telah melakukan analisis.

3. Ramai pemain muda berkaliber

Salah satu yang menarik mengenai Chelsea ialah barisan pemain mudanya yang ramai. Baiklah. Liverpool juga memiliki ramai pemain muda. Namun demikian pemain muda The Reds sukar mendapat peluang beraksi di dalam kesebelasan utama berbanding di Chelsea.

Pada ketika Lampard berani mendedahkan ramai pemain muda di dalam kesebelasan utama pada musim lalu, Klopp pula hanya membenarkan pemain muda sebagai skuad gantian di pertandingan Piala FA.

Dan apabila Klopp menurunkan beberapa pemain muda di perlawanan Perisai Komuniti, pemain mereka gagal menyerlah kerana gugup, atau kurang yakin dek kurang init beraksi.

Jika dilihat ke dalam skuad milik Lampard, beliau sudah berjaya menghasilkan pemain seperti Tammy Abraham, Mason Mount, Reece James dan Billy Gilmour antaranya yang kini bersedia bila-bila masa sahaja untuk berada di dalam kesebelasan utama.

Untuk komentar lebih adil, Klopp boleh berbangga dengan Trent Alexander-Arnold sahaja sampai bila-bila.

4. Lampard pengurus yang cintakan Chelsea

Terdapat perbezaan ketara diantara Frank Lampard dengan pengurus sebelumnya seperti Mourinho, Antonio Conte, atau pun Maurizio Sarri.

Setiap pengurus mahukan kejuaraan. Namun selain kejuaraan, pengurus seperti Lampard cintakan Chelsea seperti seorang pemilik rumah yang cintakan kediamannya sendiri.

Lampard adalah bekas pemain Chelsea. Beliau adalah bekas kapten kelab itu. Setiap keringat dan darah beliau berwarna biru, dan ini memberikan pengertian dan perbezaan besar jika Lampard dibandingkan dengan pengendali lain.

Ini kerana pengurus seperti Lampard bukan sahaja mahu mengejar kejuaraan. Lebih dari itu, beliau akan memberikan segala-galanya dan terbaik demi memastikan legasi kejayaan di Chelsea berterusan – dan ia boleh bermula mulai musim ini.

Klopp pula berkata akan berehat semusim selepas kontrak beliau di Anfield tamat nanti. itulah bezanya Lampard dengan Klopp. Lampard tidak akan berhenti selagi diperlukan.

5. Pengalaman

Jika dibandingkan dengan empat perkara di atas, perkara kelima ini mungkin tidak memihak kepada Lampard jika dibandingkan dengan Klopp.

Selepas semusim penuh bergelar pengurus The Blues, Lampard kini lebih mengenali keupayaan setiap pemain. Ini bermakna Lampard lebih berpengatahuan pada musim ini.

Dan berdasarkan pengetahuan itulah, muka-muka baru dibawa masuk. Hanya pernah membimbing Derby County sebelum ini, pengalaman Lampard dianggap cetek berbanding Klopp.

Namun demikian Lampard tidak akan teragak-agak bertindak drastik dalam memilih pemain demi memastikan perancangannya berjalan lancar.

Penutup

Apa kata penyokong Chelsea? Yakinkah anda Chelsea mampu mencabar Liverpool pada musim ini. Ayuh The Blues. This Year is Our Year.

BluePower!!!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.