blank

5 Sebab Manchester United Tak Pernah Inginkan Erling Haaland

blank

Seperti semua yang kita tahu Erling Haaland sah menyertai Borussia Dortmund. Syabas di atas kejayaan bermain di kelab lebih besar dan liga lebih besar.

blank

Namun sebenarnya, Manchester United tidak pernah berminat untuk mendapatkan pemain seperti Erling Haaland.

Berikut adalah 5 sebab daripada 100 yang boleh dikemukakan. 5 cukuplah dulu.

1. Tiada bidaan rasmi

Manchester United tidak pernah melakukan bidaan rasmi untuk pemain bernama Erling Braut Haaland.  Hanya berita rasmi sahaja yang boleh kita percayai.

Beberapa media sengaja cuba mencipta cerita dengan nama Manchester United untuk menjual populariti.

Selain itu ada cubaan berniat jahat cuba menggunakan Manchester United untuk menaikkan harga Erling Haaland.

Seterusnya banyak video youtube dihasilkan memaparkan ucapan aluan selamat datang ke Manchester United / Old Trafford kepada Erling Haaland.

Ia adalah dihasilkan oleh penyokong lawan yang sengaja mahu menaikkan rating YouTube.

Anda kena tahu Manchester United pasukan yang paling tinggi pengikut di media sosial.

blank

2. Manchester United sudah ada Mason Greenwood

Manchester United memiliki penyerang remaja iaitu Mason Greenwood yang memiliki gaya persis Robin Van Persie.

Perkara itu diakui sendiri oleh Ole Gunnar Solskjaer yang sentiasa terkenangkan dan terbayang kelibat Robin Van Persie setiap kali melihat Mason Greenwood.

blank

Tidak mungkin Manchester United memerlukan seorang lagi penyerang muda untuk mengganggu pembangunan pesat pada Mason Greenwood. Lebih baik wang itu digunakan untuk kontrak baharu Greenwood.

Semua ini berkaitan dengan ilmu ekonomi dalam pengurusan bola sepak.

3. Martial dan Rashford

Untuk pengetahuan semua, Anthony Martial dan Marcus Rashford kini berada dalam prestasi terbaik.

Dan kedua-duanya baru sahaja melanjutkan kontrak dengan Manchester United.

Mana mungkin Erling Braut Haaland menjadi salah satu sasaran oleh pasukan yang memiliki trio serangan serba lengkap dengan Martial-Rashford-Greenwood.

4. Manchester United ada Lingard

Erling Braut Haaland boleh bermain di mana mana posisi di barisan serangan. Namun Manchester United sudah memiliki pemain tipikal jack of all trades ini.

Itulah Jesse Lingard. Pemain muda yang berbakat besar dan prospek masa depan Manchester United.

5. Erling Braut Haaland tidak sesuai dengan Manchester United

Rasanya semua orang tahu Manchester United ada DNA permainan bola sepak yang tersendiri dan terpelihara.

Erling Braut Haaland bukan pemain yang ada ciri – ciri tersebut. Manchester United sudah ada calon lain yang lebih sesuai. Ole sendiri sudah menyatakan beliau tidak akan menandatangani pemain yang tak sesuai dengan pasukan.

Beliau mahukan pemain yang menepati corak permainan Manchester United. Badannya agak berat berbanding dengan purata berat badan pemain United sekarang.

blank

Itulah sebabnya kenapa Romelu Lukaku dijual oleh Ole Gunnar Solskjaer. Bukan nak kata Ole tak suka Lukaku, tetapi tidak terlalu terdesak mahukan pemain seperti itu kekal.

Tidak hairanlah Erling mahu ke Man United. Kelab gergasi dunia. Dan Ole sendiri pernah cakap yang, walaupun dalam kedudukan semasa, gagal ke UCL, masih ramai pemain yang mahu ke Man United.

Rumusan

Itulah antara alasan yang korang akan dengar daripada penyokong Setan Merah selepas ini. Bersedialah mendengarnya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.