5 Sebab Kenapa Safiq Rahim Pemain Terbaik Dalam Generasi Beliau

‘Ini adalah satu-satunya piala yang tak pernah saya julang’. Itulah kata-kata Safiq Rahim ketika beliau dan rakan-rakan dalam persiapan mahu menjuarai Piala Malaysia 2017.

Pada malam final tersebut JDT melengkapkan kejuaraan bersejarah dalam sejarah kelab mereka. Tumpuan terarah kepada Safiq Rahim yang menjadi kapten pasukan JDT.

Berikut adalah 5 sebab beliau adalah pemain terbaik dalam generasi beliau.

1. Menang Semua Piala Untuk Kelab

Safiq Rahim memenangi kesemua piala untuk peringkat kelab yang beliau sertai. Beliau menang Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala AFC bersama-sama dengan JDT dan Selangor.

Piala Malaysia 2017 adalah pelengkap kepada karier gemilang beliau selaku kapten pasukan JDT.  Ianya bukan satu pencapaian yang mudah untuk dicapai oleh pemain di dalam karier.

2. Kapten Era Emas JDT

Safiq Rahim telah menjadi kapten paling berjaya untuk pasukan JDT. Beliau boleh dikatakan menjadi kapten untuk era emas bola sepak JDT.

Pernah beliau digugurkan daripada jawatan itu awal musim 2017 dan digantikan oleh Marcos Antonio. Kemasukan Ulisses Morais telah membolehkan beliau mendapat semula jawatan kapten itu.

Dan beliau berjaya membalas kepercayaan itu dengan membantu JDT memenangi kejuaraan berganda musim ini. Liga Super dan juga Piala Malaysia.

Lebih manis beliau menjadi satu-satunya kapten dalam sejarah untuk memenangi 4 kejuaraan Liga Super berturut-turut.

3. Pemain Utama

Safiq Rahim masih menjadi pemain utama untuk JDT dan juga skuad Malaysia. Safiq Rahim adalah kapten yang berjaya membantu skuad Malaysia menjuaraai Piala AFF 2010.

Beliau pernah mengumumkan untuk bersara daripada skuad kebangsaan dan kembali semula pada tahun ini. Dalam kepulangan semula beliau dalam pasukan kebangsaan, Safiq Rahim tetap menjadi pemain utama untuk pasukan Malaysia.

4. Pemain Tengah Terbaik

Beliau adalah pemain tengah tempatan terbaik di dalam generasi beliau. Safiq Rahim memiliki kemampuan untuk melakukan percubaan gol dari pelbagai disiplin.

Beliau adalah pakar bola mati serta seorang perancang tengah yang memiliki karakter yang sangat bersemangat di dalam padang walaupun kadangkala agak panas baran dan suka melakukan terjahan dengan emosi.

Safiq Rahim adalah pemain yang memiliki keupayaan yang sangat baik. Ketiadaan beliau dalam skuad kebangsaan sebelum ini membuatkan jurulatih sebelum ini Datuk Ong Kim Swee memujuk semula beliau kembali.

Beliau pernah memenangi anugerah Pemain Paling Berharga Piala AFC 2015. Satu-satunya pemain Malaysia yang pernah memenangi anugerah itu.

5. Pemain Berharga

Difahamkan Safiq Rahim kini merupakan pemain tempatan dengan gaji paling tinggi. Itu adalah nilai untuk kualiti beliau di dalam padang terutama sekali bersama-sama dengan pasukan JDT.

Selain daripada pendapatan daripada bola sepak, beliau juga pemain yang memiliki perniagaan dengan label SR8, antaranya kafe. Safiq Rahim juga duta kepada beberapa produk termasuk Power Cat dan Calpis.

https://www.youtube.com/watch?v=ueidAMXYSXw

Rumusan

Itulah serba sedikit tentang Safiq Rahim. Beliau adalah pemain yang memiliki karier yang gemilang setakat ini. Banyak lagi anugerah individu yang sudah beliau menangi di dalam karier beliau.

Semoga Safiq Rahim terus sukses di dalam karier selepas ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.