5 Pertarungan Gusti 2 Generasi Terhebat, Antaranya The Rock vs Hulk Hogan

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Sukan gusti ada ramai pengikutnya tersendiri. Gusti yang kami tulis kali ini bukan gusti olimpik. Ramai bintang gusti daripada generasi yang berbeza yang menjadi pujaan peminat.

Antaranya, Hulk Hogan, The Rock, Ric Flair, John Cena, Undertaker dan ramai lagi. Dalam kancah gusti, ada beberapa pertarungan yang menemukan 2 penggusti daripada generasi yang berbeza.

Berikut adalah 5 pertarungan ikonik melibatkan 2 penggusti terkenal daripada generasi berbeza.

1. The Clash: Shawn Michaels vs. John Cena

Pertarungan yang berlangsung pada 23 April 2017 ini bertempat di Detroit. Shawn Michaels berada dalam fasa akhir karier beliau manakala John Cena dalam fasa terbaik untuk karier beliau.

Shawn Michaels berusia 41 tahun dan Cena 29 tahun ketika pertarungan ini dilangsungkan. Detik yang diingati pastinya ketika Shawn Michaels mengenakan pile-driving ke atas Cena.

Namun kemenangan berpihak kepada John Cena selepas Michaels gagal melakukan headkick ke atas Cena.

Ego Shawn Michaels membuatkan beliau menolak untuk berjabat tangan dengan John Cena.

2. The Clash: Ric Flair vs. Sting

Ric Flair berusia 39 tahun dan Sting pula berusia 29 tahun. Ric Flair dianggap antagonis dalam pertarungan ini kerana sikapnya yang berlagak.

Pertarungan ini dilangsungkan pada 27 Mac 1988. Menjadi pertarungan paling dinanti-nantikan ketika itu. Sting sentiasa di hati peminat kerana pertawatakannya yang lebih mesra dan sentiasa menunjukkan semangat kesukanan dan pertarungan yang bersih.

Detik paling diingati pastinya ketika Ric Flair terjatuh sewaktu mahu melakukan gerakan cap dagang beliau ‘up and over’.

Ric Flair enggan mengalah ketika dikenakan gerakan pemusnah Scorpion Death Lock oleh Sting. Ric Flair bertahan sehingga masa tamat.

Pertarungan ini berakhir dengan seri dan Ric Flair masih berjaya mengekalkan kejuaraan Heavyweight Championship.

3. The Clash: The Undertaker vs. Jeff Hardy

Pada 1 Julai 2002, bertempat di Manchester, salah satu The Clash antara 2 generasi terbesar telah berlangsung ketika itu dalam slot Monday Night Raw.

Jeff Hardy yang meningkat mendadak di arenan gusti baru berusia 24 tahun akan bertemu legenda WWE, The Undertker yang sudah berusia 37 tahun.

Undertaker menewaskan Hardy dalam perlawanan ini dengan menjerit ‘I am still standing’. Ramai seakan-akan tidak percaya dengan kemampuan The Undertaker menumpaskan Hardy ketika itu.

4. The Clash: Terry Funk vs. Cactus Jack

Ini adalah pertarungan di antara 2 penggusti dengan jarak 21 tahun umur di antara mereka. Pertarungan berlangsung pada 8 Januari 1988 di Saitama, Jepun dalam siri International Wrestling Association Duel of the Wilds.

Pertarungan yang dianggap antara yang paling brutal dalam sejarah gusti 2 generasi. Kemenangan berpihak kepada Catus Jack. Tetapi Terry Funk berjaya memberikan persaingan yang luar biasa pada usia beliau 50 tahun.

5. The Clash: Hulk Hogan vs. The Rock

Ia mungkin pertarungan antara generasi paling besar yang pernah dianjurkan. Wrestlemania X8 mengadakan pertarungan di antara Hulk Hogan dan The Rock.

2 nama yang dianggap cult heroes (wira di hati peminat). Ramai penyokong yang berbelah bagi mahu menyokong siapa.

Suhu panas pertarungan ini memang tidak dapat dibendung. Kedua-dua pihak memainkan provokasi dan perang saraf sepanjang beberapa minggu sebelum pertarungan.

Pertarungan berlangsung di Toronto pada 17 Mac 2002. Ketika itu Hulk Hogan berusia 48 tahun dan The Rock 30 tahun. The Rock dalam reputasi terbaik karier beliau. Hogan cuba menghidupkan kembali karier beliau.

Pertarungan ini dimenangi The Rock. Namun aksi Hulk Hogan dan The Rock yang saling memberikan penghormatan sesama mereka sangat menarik. Hulk Hogan ternyata memenangi ‘peminat’ hari itu.

The Rock awalnya enggan meraikan kemenangan itu di hadapan Hogan. Tetapi legenda itu memberikan isyarat: ‘Pergi raikannya’

Tindakan Hogan tak disenangi rakan beliau darri team nWo yang membelasah Hogan. The Rock mempertahankan Hulk Hogan dan gandingan itu berjaya membelasah mereka.

Sumber

Rolling Stone


SHARE ()