5 Perlawanan Panas Man Utd vs Arsenal Yang Pernah Berlangsung

Sejak Liga Inggeris dijenamakan semula pada 1992, Sir Alex dan Manchester United telah memenanginya sebanyak 13 kali.

Arsene Wenger dan Arsenal telah menanginya 3 kali dalam tempoh itu, dan turut muncul sebagai naib juara di belakang United di dalam 4 musim.

Ini sudah cukup merumuskan kesengitan kedua-dua buah kelab yang pernah mendominasi Liga Inggeris satu masa dahulu.

Pertemuan kali ini menampilkan Ole Gunnar Solksjaer dan Mikel Arteta sebagai pengendali pasukan masing-masing. Kedua-duanya adalah pemain di era Sir Alex dan Arsene Wenger.

Walaupun Manchester United dan Arsenal kini di fasa pembangunan, aura-aura perlawanan terdahulu pasti menggamit kembali dalam pertemuan kali ini.

1. United tamatkan rekod “Invincibles Arsenal” (Oktober 2004)

“Battle of The Buffet.” Perlawanan ini lebih diingat dengan insiden dalam terowong pemain di Old Trafford.

Media melaporkan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dilempar dengan pizza dalam insiden memalukan tersebut.

Arsenal hadir dalam perlawanan ini sebagai juara bertahan dengan rekod tanpa kalah dalam 49 perlawanan.

Ruud van Nistelrooy menjaringkan gol pertama United dari sepakan penalti. Penalti yang dianggap kontroversi apabila Wayne Rooney didakwa menjatuhkan diri ketika disaingi Sol Campbell.

Kerana insiden dalam perlawanan sebelumnya, Ruud Van Nistelrooy adalah watak yang dibenci oleh penyokong Arsenal pada masa itu. Jaringan tersebut merupakan tamparan buat mereka.

Wayne Rooney kemudiannya mengeksploitasi kecenderungan Arsenal untuk mencari gol penyamaan dengan dalam satu serangan balas untuk gol kedua United.

Manchester United memenangi perlawanan ini 2-0- kekalahan yang dianggap pahit untuk ditelan oleh Arsene Wenger dan seluruh Arsenal.

 

2. Arsenal raikan kegagalan penalti Nistelrooy (September 2003)

13 kesalahan oleh United dan 18 untuk Arsenal. 4 kad kuning dilayangkan oleh pengadil, Steve Bennet. Kapten Arsenal, Patrick Viera kemudiannya dilayangkan kad merah.

Statistik ini jelas menunjukkan perlawanan ini adalah antara yang terkotor dalam sejarah pertemuan kedua-dua buah kelab.

Perlawanan ini menyaksikan Ruud van Nistelrooy didakwa menipu pengadil untuk menyebabkan Viera dibuang padang pada minit ke-80 perlawanan.

Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk 10 minit terakhir perlawanan.

Di kala perlawanan hanya menanti wisel penamat untuk ditiupkan oleh pengadil, Diego Forlan memperolehi penalti untuk United apabila dikasari oleh Martin Keown.

Nistelrooy tampil untuk mengambil sepakan penalti berkenaan dan gagal menyempurnakannya dan wisel penamat lantas dibunyikan.

Apa yang terjadi selepas itu adalah memalukan. Pemain-pemain Arsenal mengerumuni Nistelrooy untuk menunjukkan bantahan dengan penuh provokasi.

Mujurlah perkara berkenaan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang insiden.

3. Arsenal Julang EPL Di Old Trafford. (May 2002)

“The Theatre of Dreams”. Begitulah gelaran yang diberikan oleh lagenda Man United, Sir Bobby Charlton untuk gelanggang pasukan The Red Devils. Arena ini memilik sejarah hebat bola sepak Manchester United .

Kerana itulah apabila pesaing terhebat mereka mengesahkan kemenangan menjulang kejuaraan EPL di sini, menjadikan ia peristiwa yang sukar diterima oleh para fanatik United.

Apa yang lebih memeritkan ialah, Arsenal menewaskan skuad Unied dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Sylvain Wiltord. Patrick Viera kemudiannya berarak mengelilingi stadium sebelum menjerit ” Fastastik, Fantastik.”

United menamatkan musim di tempat ke-3 di belakang Arsenal dan Liverpool pada musim 2001/02 ini.

Menjadikan ia antara musim yang ingin dilupakan oleh penyokong United ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

4. Perseteruan Roy Keane Dan Patrick Viera (February 2005)

Kedua-dua pemain sudah lama bersara. Bagaimanapun, penyokong kedua-dua buah kelab pasti merindui perseteruan dua kapten yang pernah mendominasi bola sepak Inggeris ini.

Perlawanan pada musim 2004/05 adalah perlawanan pusinga kedua setelah United menamatkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan Arsenal di Old Trafoord pada September sebelumnya.

Sebelum perlawanan, kejadian tegang sempat dirakam oleh kamera yang menyiarkan siaran langsung sebelum pemain kedua-dua buah kelab keluar ke padang untuk memulakan aksi.

Patrick Viera dilaporkan memberi amaran kepada corak permainan Gary Neville sebelum perlawanan dan berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pemain.

Sikap Viera itu nyata tidak disenangi oleh kapten Man United, Roy Keane yang turut terlibat dalam pertikaman lidah itu untuk mempertahankan Gary Neville.

Kedua-dua kapten terpaksa dileraikan oleh pengadil perlawanan dan diberi amaran untuk mengawal tingkah laku masing-masing.

Manchester United bangkit dua kali dalam perlawanan di Highbury ini untuk menang 2-4. Pertahanan United, Mikael Silvestre dilayangkan kad merah pada minit ke-69 kerana terjahan keras ke atas Freddie Ljunberg.

Namun Roy Keane dan pasukannya berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke wisel penamat.

5. Robin Van Persie Raikan Gol Menentang Arsenal (November, 2013)

3 November 2012: Robin van Persie menjaringkan gol dan tidak meraikannya

28 April 2013: Robin van Persie menjaringkan gol dan tidak meraikannya

10 November 2013: Robin van Persie menjaringkan gol, berlari ke arah penyokong Man United dan mengelungsur ke arah rakan sepasukan yang lain dengan tangan terdepa penuh keraian.

Menyarung jersi United, Van Persie diturunkan untuk kali ke-3 menentang bekas kelab, Arsenal. Van Persie menjaringkan satu gol dalam setiap pertemuan tersebut.

Robin Van Persie adalah kapten pasukan Arsenal sebelum perpindahan kontroversinya meninggalkan Emirates untuk ke Old Trafford pada musim panas 2012.

Van Persie menegaskan beliau tidak akan meraikan jika menjaringkan gol menentang pasukan bekas majikannya itu.

Bagaimanapun, mugkin kerana sering mendapat cemuhan daripada penyokong Arsenal, Van Persie bertindak meraikan gol dalam perlawanan ketiga sejak perpindahan beliau dengan penuh gaya.

Dalam satu temu ramah kepada pihak media, Van Persie turut mengatakan perpindahan beliau ke seteru Arsenal selama lebih sedekad itu didorong oleh keinginannya menjulang trofi.

Kenyataan ini dianggap sinis oleh penyokong-penyokong Arsenal.

Robin Van Persie meraikan jaringan menentang Arsenal bersama Wayne Rooney.

Kesimpulan

Jangan nafikan. Penyokong kedua-dua buah pasukan pasti merindui era kesengitan pertembungan kedua-dua buah pasukan satu masa dahulu.

Bagaimana dengan anda? Jika anda adalah penyokong Arsenal dan Manchester United, nyatakan pendapat anda di ruangan komen. Kami ingin mendengar daripada anda.

Siapa akan menang malam ini? Kami mahu dengar ramalan anda.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.