Juara berthan Liverpool, memenangi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim baharu dengan penuh mendebarkan selepas dicabar oleh Leeds United kendalian Marcelo Bielsa sehingga ke babak akhir perlawanan.
Skuad kendalian Mikel Arteta pula menang mudah di Craven Cottage, dan persembahan pemain baharu seperti Willian dan Gabriel Magalhaes mencuri tumpuan.
Itu antara perkara yang kita saksikan pada minggu pertama saingan Liga Perdana Inggeris. Berikut adalah 5 perkara yang boleh kita pelajari dari semua perlawanan yang sudah berlangsung.
Leeds bukan pelengkap pasukan
Tidak ada siapa yang akan menyalahkan Marcelo Bielsa jika beliau memilih taktikal ‘park the bus’ selepsa mengetahui lawan pertama Leeds United di Premier League selepas 16 tahun adalah juara bertahan, Liverpool.
Namun demikian Bielsa sememangnya seorang jurulatih yang mempunyai sifat berlainan dan tiada masa memikirkan hal reputasi – juga untuk reputasi lawan.
Leeds United 👏👏
📷 @caughtoffside pic.twitter.com/McAS5hlcZY
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) September 13, 2020
Dalam perlawanan yang berlangsung Anfield itu, Bielsa mengarahkan anak buahnya memberikan saingan sengit kepada skuad kendalian Jurgen Klopp yang lebih dominan, dan berjaya menyamakan kedudukan tiga kali sebelum dipisahkan oleh hatrik Mohamed Salah melalui sepakan penalti pada minit ke-88 perlawanan.
Tewas 4-3 dalam perlawanan ini bukan perkara memalukan buat anak buah Bielsa. Sudah pasti Leeds akan tampil lebih gagah selepas ini dan bakal menyukarkan setiap lawan yang lebih besar daripada mereka pada bulan-bulan mendatang.
Arsenal & Arteta mulai menjadi
Arsenal di bawah pemilikan Stan Kroenke sering dilabel sebagai pasif oleh penyokong Arsenal. Kisah yang sama berlaku pada ketika era Unai Emery, dan beberapa musim ketika era Arsene Wenger.
Ia bukanlah perubahan yang pantas selepas Mikel Arteta mengambil alih, namun kem Arsenal secara perlahan-lahan tampak mulai menjadi dan mempunyai asas dan tujuan yang jelas.
Willian regains possession, pings the ball to Auba and he scores a lovely goal. But look five, FIVE players progress in attack. Arteta ball in full force 👏😌 #AFC pic.twitter.com/h7rUYZ6vaf
— 🅰️F©️ (@AFCInfo) September 12, 2020
Kemenangan 3-0 ke atas Fulham dengan barisan pemain baharu – Gabriel Magalhaes dan Willian – kelihatan memberangsangkan selepas insiden percakaran diantara Dani Ceballos dan Eddie Nketiah.
Apa pun tanggapan di luar sana, Arteta akhirnya berjaya membangkitkan ‘jiwa kesungguhan The Gunners’ yang sudah lama hilang.
Harapan untuk penyokong The Magpies?
Sepanjang tempoh perintah berkurung pada Mac lalu sehingga ke musim panas, perkhabaran pengambilalihan Newcastle United oleh konsortium Arab Saudi mengujakan ramai penyokong The Magpies.
Namun demikian, semuanya berakhir dengan kekecewaan, dan penyokong terpaksa pasrah bahawa Mike Ashley masih kekal sebagai pemilik kelab tersebut pada musim ini.
Newcastle United are buying:
• Callum Wilson – £20m.
• Jamal Lewis – £15m.
• Ryan Fraser – free transfer.
• Rob Holding – loan deal talks.Some excellent business for the Toon!⚪️⚫️ pic.twitter.com/Kvm0iBygzB
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) September 6, 2020
Namun di sebalik kegagalan pengambilalihan tersebut, Ashley mengejutkan ramai dengan pelaburan terhadap pemain baharu. Callum Wilson, Jeff Hendrick, Jamal Lewis dan Ryan Fraser adalah pembelian yang dianggap berbaloi untuk Newcastle.
Hasilnya jaringan oleh Wilson dan Hendrick memberikan kemenangan 2-0 buat Newcastle ke atas West Ham. Saingan masih di awal musim, namun ia adalah permulaan bagus buat kelab seperti Newcastle United.
“This year is our year” – Everton
Tahun demi tahun, musim demi musim, terdapat banyak harapan palsu di Everton untuk tampil selaku pasukan ‘Big Six’ sekurang-kurangnya. Adakalanya mereka begitu hampir. Musim lalu jauh sekali.
Namun di bawah kendalian Carlo Ancelotti, ini bermakna Everton memiliki seorang pengurus berpengalaman dan antara yang terbaik di Eropah. Maka tidak hairanlah kali ini, Everton sanggup berbelanja besar untuk membantu pengurus mereka.
📊 James Rodriguez created 5 chances on his PL debut – no player has made more in a PL game for @Everton since Aug 2018 (Gylfi Sigurdsson, 6 v Southampton) pic.twitter.com/23QeJxvsck
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) September 13, 2020
Setakat ini Ancelotti dan Everton telah membawa masuk pemain yang pernah beraksi bersama jurulatih itu, James Rodriguez dan Allan.
Hasilnya kedua-duanya turut beraksi cemerlang untuk membantu Everton menewaskan Totenham kendalian Jose Mourinho dengan jaringan 1-0. Adakah musim ini milik Everton?
Otai masih berbisa
Jamie Vardy menjaringkan 23 gol pada musim lalu untuk muncul pemenang Anugerah Kasut Emas. Dan untuk perlawanan pertama pada musim baharu, penyerang veteran ini menjaringkan dua gol – kedua-duanya penalti – untuk membantu Leicester City menewaskan West rom 3-0.
Dua gol dalam perlawanan tersebut juga bermakna Vardy kini telah menjaringkan 105 gol di Premier League untuk menyamai jumlah yang dijaringkan oleh Didier Drogba dalam senarai penjaring sepanjang zaman.
Jamie Vardy has now scored more Premier League goals than Didier Drogba in 42 fewer games 🤯 pic.twitter.com/WlrYYU5SY8
— ESPN FC (@ESPNFC) September 13, 2020
Vardy akan berusia 34 tahun pada Januari 2021, namun pengurus pasukan Brendan Rodgers tidak teragak-agak melabel pemain itu sebagai yang terbaik di England.
“Ada ramai penyerang yang handal di saingan ini namun mana-mana pasukan akan mahukan pemain seperti Vardy di dalam pasukan,” kata Rodgers.
“Beliau sangat tenang, klinikal, dan memiliki kepantasan larian luar biasa pada usianya. Ia permulaan yan baik untuk menjaringkan dua gol dan ia juga baik untuk pasukan.”
Penutup
Ia adalah minggu pertama yang menghiburkan buat mereka yang gemarkan bola sepak Inggeris.
Apa pendapat anda? Apakah yang anda harapkan pada minggu berikutnya?