5 Penjaga Gol Liverpool Boleh Bawa Masuk Jadi ‘Back-Up’ Alisson Pada Hari Ini

Dibolosi 7 gol dalam perlawanan Premier League sebelum ini pasti membimbangkan Jurgen Klopp dan Liverpool. Dalam perlawanan tersebut, Liverpool terpaksa berharap kepada Adrian selepas kecederaan yang menimpa penjaga gol utama, Alisson Becker.

Menurut Klopp, penjaga gol antarabangs Brazil itu terpaksa disisihkan selama 6 minggu. Dengan jadual perlawanan yang semakin sibuk terutamanya dengan penglibatan Liverpool dalam saingan Champions League, kelab Merseyside itu dikhabarkan mahu mendapatkan seorang penjaga gol berpengalaman dan berkaliber untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Alisson untuk sementara.

Tatkala jendela perpindahan di Premier League sudah pun tamat, ini bermakna Liverpool hanya boleh mencari seorang penjaga gol yang bergelar free agent, atau pun membeli seorang penjaga gol dari liga bawahan. Buat masa ini, EFL masih memberikan keistimewaan perpindahan pemain dari liga bawahan ke Premier League.

Berikut adalah 5 penjaga gol yang berpotensi untuk dibawa masuk oleh Klopp dan Liverpool ke Anfield dalam tempoh terdekat.

Danijel Subasic

Penjaga gol berusia 35 tahun ini adalah seorang free agent selepas meninggalkan Monaco pada Jun lalu. Beliau meninggalkan kelab itu dengan baik setelah bersama selama lapan tahun setengah.

Sepanjang tempoh itu, Subasic pernah membantu Monaco muncul juara Ligue 1 dan Ligue 2, dan merupakan penjaga gol utama Monaco ketika pasukan itu mara ke perlawanan akhir Champions League pada musim 2016/17.

Memiliki 44 caps antarabangsa bersama Croatia, penampilan terakhir bersama negaranya adalah di perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang lalu.

Subasic telah dikaitkan dengan Nottingham Forest, Olympiacos dan Al Nassr di Arab Saudi, namun belum ada sebarang tawaran yang benar-benar memikat penjaga gol berpengalaman ini.

Michel Vorm

Bekas penjaga gol antarabangsa Belanda ini memiliki pengalaman luas di Premier League dengan 102 penampilan bersama Swansea dan Tottenham Hotspur.

Di kedua-dua kelab, Vorm dikenali sebagai ‘ball-playing keeper’ – baka penjaga gol yang gemar dan selesa apabila bola berada di kaki.

Minggu ini, Vorm akan beusia 37 tahun. Memiliki 15 caps bersama Belanda, Vorm turut menjadi rakan sparing kepada Harry Kane dan Son Heung-Min di Spurs.

Selepas 9 tahun di England, Vorm pernah menyatakan hasrat untuk kembali beraksi di negaranya. Namun jika mendapat tawaran semusim lagi untuk menggenapkan tempoh 10 tahun di England, maka Vorm boleh dianggap sebagai pengganti jangka masa pendek yang sesuai untuk Alisson Becker.

Orjan Nyland

Penjaga gol dari Norway ini tampil dalam 36 perlawanan untuk Aston Villa sepanjang tempoh dua tahun lalu. Minggu lalu kontrak Nyland bersama Villa telah ditamatkan atas persetujuan bersama untuk membenarkan beliau mencari kelab baharu.

Berusia 30 tahun, Nyland adalah penjaga gol utama Villa untuk separuh musim selepas mendapat promosi dari Championship pada 2018/19. Beliau terpaksa direhatkan selepas itu akibat kecederaan buku lali yang serius.

Pada ketika Nyland sudah kembali cergas, Villa sudah membawa masuk Tom Heaton, dan kemudiannya Pepe Reina apabila Heaton pula mengalami kecederaan.

Musim lalu, Nyland sempat beraksi dalam 7 perlawanan Premier League untuk Villa. Namun ketibaan Emiliano Martinez dari Arsenal bermakna ianya sukar untuk Nyland mendapatkan minit perlawanan yang beliau perlukan di sana.

Rob Elliot

Bekas penjaga gol antarabangsa Republik Ireland ini boleh dibawa masuk secara percuma selepas kontrak beliau dengan Newcastle United tamat pada musim panas lalu.

Elliot mempunyai pengalaman semala 9 tahun. Namun penjaga gol ini naif untuk kekal melangkaui 2018 selepas dimaklumkan oleh Rafael Benitez boleh mencari cabaran baharu bersama kelab lain.

Pada ketika itu Benitez melihat Martin Dubravka sebagai penjaga gol No.1. Tetapi sebelum itu Elliot dan Karl Darlow sering bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Malangnya kecederaan yang menimpa Elliot mulai mengubah semua itu pada 2017.

Blackburn dan Middlesborogh pernah menyatakan minat untuk memancing penjaga gol ini. Namun pembedahan apendiks yang dilaluinya pada bulan lalu menutup peluang tersebut.

Asmir Begovic

Penjaga gol Bosnia ini akhirnya mendapatkan tempatnya bersama Bournemouth selepas Eddie Howe bukan lagi bergelar pengendali. Aaron Ramsdale pula kekal bersama Sheffield United di Premier League, tatkala The Cherries beraksi di Champonship pada musim 2020/21.

Walaupun kini telah mendapat tempat sebagai pemain kesebelasan utama, Bournemouth masih berkemungkinan akan menjual pemain itu ke Anfield jika Liverpool menghubungi mereka pada musim ini.

Kontrak Begovic akan tamat pada akhir musim, dan pihak kelab seperti Bournemouth pasti berminat untuk mendapatkan sedikit dari pelaburan £10 juta yang dibayar kepada Chelsea untuk pemain itu pada 2017.

Pada situasi sekarang, Bournemouth masih mempunyai pilihan seperti Mark Travers jika Begovic pergi. Bagi Liverpool, mereka akan memperoleh seorang penjaga gol berpengalaman di peringkat antarabangsa dan eropah.

Penutup

Siapakah di anytara lima penjaga gol di atas sesuai bergelar pengganti Alisson Becker di Liverpool?

Atau anda ada cadangan pemain lain untuk diketengahkan? Kongsikan kami di dalam komen.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.