5 Nama Pemain Membawa Maksud Lain Dalam Bahasa Lain

Baru-baru ini, maksud perkataan Pukki dalam bahasa Melayu telah dikantoikan oleh Stan Collymore dan membuatkan media antarabangsa mulai faham, kenapa nama Pukki menjadi perhatian peminat dari Malaysia.

Laman bola sepak 90min telah menyenaraikan 5 nama pemain yang memiliki maksud lain di dalam bahasa lain.

1. Teemu Pukki – Vagina

Nama Teemu Pukki telah menjadi bualan ramai. Dalam bahasa Melayu, ianya merujuk kepada kemaluan wanita.

Musim yang panjang untuk pengulas siaran tv di Malaysia ‘mencarut’ di dalam siaran langsung.

Pukki menikmati permulaan musim yang hebat. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik EPL dan juga PFA untuk bulan Ogos.

2. Frank Lampard – Testis

Nama Lampard merujuk kepada testis dalam sebutan Hokkien. Penduduk di wilayah Minnan, di sebelah Fujian menggunakan perkataan yang mirip kepada bunyi lampard merujuk kepada telur lelaki.

Legenda Chelsea ini kini sedang bersama dengan Chelsea sebagai pengurus.

3. Gareth Bale – Ya

Walaupun Bale banyak menggunakan perkataan tidak dalam isu masa depan beliau di Real Madrid. Namun nama beliau sebenarnya sangat positif.

Ada perkataan dalam bahasa Pakistan mirip kepada bunyi Bale yang bermaksud ya.

Selain daripada hebat bermain bola sepak, Bale merupakan pemain golf yang bagus. Beliau kerap mengisi masa lapangnya dengan sukan golf.

Harap Bale tidak menonton filem Hantu Kak Limah, supaya beliau tidak tahu maksud nama beliau dalam bahasa Melayu.

4. Kaka – Najis

Ini mungkin ramai yang sudah tahu. Ramai mereka yang bertutur dalam bahasa Arab, Rusia, Sepanyol, Romania, Hungary, Hebrew dan Albania, secara terus menyebut kaka/caca, bermaksud najis.

Namun di Sweden, kaka merujuk kepada sedap. Ini lebih baik untuk menggambarkan kecantikan dan pesona Kaka di dalam padng bola sepak.

5. Tettey – Payudara

Selain daripada Pukki, seorang lagi pemain Norwich, iaitu Tettey memiliki bunyi sebutan yang merujuk kepada payudara, dalam bahasa Melayu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.